ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

17 Disember 2012

Menjaga kesihatan mata


mata kanak-kanak sangat sihat.  kesihatan mata perlu dijaga seawal usia bayi.  Namun, kebanyakan kanak-kanak memang tak suka memakan sayur.  Oleh itu, kita mesti mencari makanan tambahan yang disukai kanak-kanak. Satu lagi tips, jika memberikan makanan tambahan, berilah yang tidak mengandungi bahan pengawet seperti g3.  g3 boleh diminum sebagai jus.  kanak-kanak pasti menggemari rasanya.

Makanan tambahan seperti vitamin dan mineral sangat penting untuk memastikan mata sentiasa sihat, terutama bagi mengelak masalah degenerasi atau kemerosotan maskular berkaitan umur (AMD) dan katarak.

Bagaimana pemakanan BOLEH mempengaruhi kesihatan mata?

Pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan mata.

Pengambilan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat membantu melindungi berlakunya degenerasi makular apabila seseorang berumur melebihi 60 tahun.

Benarkah vitamin A perlu untuk kesihatan mata?

Vitamin A diperlukan untuk kesihatan epitelium (lapisan sel luar) kornea dan konjuntiva (membran mukus lembut yang menutupi bahagian depan dan dalam kelopak mata) selain daripada sel epitelium seluruh badan seperti kulit dan lapisan mukosa usus.

Kekurangan vitamin A akan menyebabkan kerosakan pada konjuntiva dan kornea yang dipanggil Xerophathalmia yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan boleh membawa kepada kebutaan seperti yang berlaku di kalangan penduduk negara sedang membangun. Masalah ini boleh dicegah dengan pengambilan sayur-sayuran segar, lemak (daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan) serta protein seperti daging, telur, keju, susu, dadih serta produk tenusu.


Apa kaitan bahan antioksida dengan kesihatan mata?

Pelbagai kajian menunjukkan vitamin yang mengandungi antioksida mempunyai hubung kait rapat dengan kesihatan mata. Vitamin mengandungi antioksida ialah vitamin A, C dan E. Iaa membantu mengekalkan kesihatan sel dan tisu di dalam mata.

Vitamin ini boleh didapati dalam pelbagai sumber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti oren, kiwi, aprikot kering, sayuran hijau, tomato, lada, lobak merah dan bayam. Makanan seperti kekacang, produk tenusu serta telur juga mengandungi banyak Vitamin A, C dan E.


Apakah ada antioksida khusus untuk kesihatan mata?

Ada dua jenis antioksida, iaitu sejenis karotenoid yang dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin yang membantu mempertahankan kesihatan mata, terutama retina. Kedua-dua bahan ini boleh didapati secara semula jadi dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang juga kaya dengan vitamin A, C dan E.

Lutein boleh diperoleh daripada lada benggala kuning, mangga, bilberi dan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli. Zeaxanthin pula boleh didapati daripada limau, brokoli, jagung, kubis, bayam, limau kasturi, telur dan lada.


Apakah pendapat doktor terhadap vitamin untuk kesihatan mata?

Kini ada banyak jenis pil vitamin mengandungi lutein dan zeaxanthin. Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat mengenai keberkesanan vitamin untuk kesihatan mata. Ini kerana kesannya hanya dapat diketahui selepas masa lama iaitu melebihi 30 tahun.

Anda disaran mengambilnya setiap hari bagi membantu kesihatan mata anda. Pun begitu, ada juga percanggahan pendapat dalam pemakanan tambahan ini. Oleh itu, pengambilan pemakanan seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat membantu dalam kesihatan mata.

Oleh kerana vitamin yang dimakan perlu diproses sebelum digunakan, vitamin dalam bentuk semula jadi daripada buah dan sayur lebih baik. Bagaimanapun, bagi mendapat jumlah antioksida mencukupi untuk kesihatan mata, kuantiti sayur dan buah yang perlu dimakan sangat banyak.

Justeru, makanan tambahan daripada sayur dan buah mengandungi lutein dan zeaxanthin sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan mata.
Biarpun kesan antioksida ke atas mata tidak dapat dibuktikan, banyak kajian menunjukkan pemakanan sihat dan kaya bahan antioksida tetap memberi manfaat kepada tubuh secara keseluruhan.

Ini kerana ia dapat mencegah kanser yang disebabkan aktiviti radikal bebas dalam badan yang tinggi. Kesan radikal bebas ini menyebabkan kanser, penyakit kronik dan penuaan.

makanlah sayur-sayuran pelbagai warna
buah-buahan dengan warna berlainan memberikan
khasiat vitamin yang berbeza 







MANFAAT menjaga pemakanan mereka dan kesihatan mata?
mereka yang banyak makan sayur, ulam dan ikan ketika muda mempunyai retina sihat dan tiada tanda awal degenerasi retina berbanding mereka yang kurang makan ikan dan sayur.

KESAN tabiat merokok
Individu yang banyak merokok mengalami tanda awal degenerasi retina dan katarak pada umur lebih muda. Setakat ini memang terbukti bahawa pemakanan sihat dan seimbang dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan mata.
TINDAKAN yang perlu diambil

·  Tentukan pemakanan yang baik dan seimbang (dengan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari)
·  Berbincang cara menjaga kesihatan mata dengan doktor mata anda
  •  Tentukan mata anda diperiksa sekurang-kurangnya dua tahun sekali jika berumur kurang 40 tahun dan sekurang-kurangnya setahun sekali jika umur melebihi 40 tahun.

Makanan yang baik untuk kesihatan mata

Avocado
Avocado merupakan buah yang mengandungi banyak nutrisi terutama lutein iaitu aktioksidan karetonoid yang mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu, buah ini juga mengandungi banyak vitamin yang penting untuk mata iaitu Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B6, dan Vitamin E.
Lobak Merah
Kaya dengan beta karotein yang ditukar menjadi vitamin A di mana ianya berfungsi dalam proses bioelektrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas.
Bayam
Merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A iaitu nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxanthin.
Biji Bunga Matahari
Mengandungi selenium yang mencegah katarak dan nutrisi penting untuk mata.
Jika anda tercari-cari makanan tambahan yang sesuai...

g3 adalah minuman kaya nutrisi dari buah super Gac yang tumbuh di Asia bagian selatan. Gac mengandung sejumlah campuran yang unik dalam bentuk karotenoid yang mempunyai khasiat untuk biologikal yang tinggi yang disebut lipocarotene. Kandungan ini memberikan perlindungan antioksidan yang kuat ketika menjaga kesihatan dan fungsi kekebalan tubuh (imuniti). Formula g3 sudah dikembangkan dengan penambahan 3 buah - buahan super (chinese lycium, Cili dan siberian pineapple) yang secara sinergis dengan gac memberikan manfaat yang lebih melalui pembuluh darah yang kuat, perlindungan sel, dan peremajaan di dalam tubuh. g3 adalah minuman nikmat dan bergizi yang memiliki rasa yang menyegarkan dan dapat dinikmati setiap hari oleh siapa saja dalam keluarga anda.
Percayalah, g3 adalah berbeza daripada jus lain.  Bagi saya, ia adalah supplement lengkap untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh ditambah dengan lifepak.  Tak perlu lagi tambah dengan makanan kalogen dan lain-lain.  Mudah dan menjimatkan!
pilihan di tangan anda... (namun, percayalah, ia memang BAGUS)
Di mana anda boleh mendapatkan G3?
Hubungi saya DAN SAYA BANTU anda dapatkannya.  Penghantaran oleh NUSKIN sehingga ke muka pintu!  Jika ada pertanyaan, wasap aje saya 0126448260

Hmm nak lebih murah lagi?



Share:

1 ulasan:

intan berkata...

very informative..
thank you for sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut