ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

7 Mac 2013

MLM lagi?

Baru balik dari bertemu dengan seorang kenalan.  Saya bertemunya atas sebab mahu bertukar-tukar fikiran tentang bisnes spa.  Kenalan ini buat bisnes rawatan dan terapi kecantikan juga.  Dia menggunakan produk MLM.  Oh, MLM.....

Saya tahu MLM
ya, MLM.  Kenapa?
Saya agak keberatan dengan syarikat MLM.  Namun, saya tidak serik.  Saya cuma terasa persaingan yang sengit itu menyebabkan saya tidak dapat mengejar impian dalam MLM.  Namun, saya tidak pernah serik.  Saya percaya pada jodoh dan rezki itu terletak di tangan ALLAH.  Sampai kini, saya masih belum menuup mata hati dan telinga saya untuk mana-mana MLM.  untuk syarikat apa saja.  Saya sukakan bisnes.

Ada forum yang mengutuk syarikat MLM tertentu.  dan ada orang yang menghukum semua syarikat MLM teruk.  Ya, memang dasar MLM memberi bonus dan keuntungan pada golongan orang-orang yang berada di lapisan atas.  semakin ia berada di atas, semakin besar jala pendapatan yang dia ada.  Yang semakin di bawah, semakin berkurang keuntungan. ada syarikat yang langsung tidak memberi bonus kepada ahli yang membuat belian... tidak kiralah jika dia beli seberapa banyakpun.  Dia mesti mempunyai ahli yang aktif dahulu.  Jika tidak, dia tidak boleh mendapat habuan.  hmmm... TIDAK ADIL??

Ada sebab MLM buat pelan begitu.  secara kasarnya, ia nampak seperti yang atas memeras tenaga bawahan untuk keuntungannya.  Namun di sebalik itu, ia ada satu corak yang sama.  Iaiitu...
apabila seseorang individu berada di level atas, walaupun satu takah.. dia adalah pemimpin.  dia mesti bertanggungjawab kepada anak buahnya.  orang atasnya itu juga dijaga dan dibimbing oleh ketua yang di atas lagi.  Begitulah seterusnya.  Bukan mudah mahu mencapai satu tahap di atas.  Kalau mudah, tentulah ramai orang yang boleh jadi jutawan dalam satu bulan!  pekerjaan para 'leader' ini bukannya mudah.  Bukan semudah dia bercakap di hadapan.  Mereka menempuhi pelbagai onak dan duri untuk mencapai tahap seperti itu.  mereka dapat setelah berjuang.  ya, mereka berjuang dan menang!

Apa bezanya dengan bos-bos pemilik syarikat perabut, syarikat ah kaw, syarikat nasi lemak mak temah, syarikat puitu mayam muthu dan ramai orang lagi?  Taukeh restoren Mamak, tentulah pendapatannya melebihi pengurusnya.  pendapatan mat bangla atau mat nepal yang bekerja di rewstoren sebagai pencuci pinggan, yang kerja tebar roti canai?  yang masak kari, yang goreng mi?  takkan semuanya sama dengan taukeh restauren.  Apakah sebabnya Taukeh tu pula yang meraih keuntungan lebih padahal dia selalunya hanya berdiri di hujung restauren sambil gosok perut.
Sebabnya ialah... dia sudah mencapai tahap pemimpin dan sudah melalui tahap mat-mat bangla dan mat nepal di restoren tu.  Ya, dia pun dulunya bekerja seperti mereka!  Sekarang dia sudah menjadi taukeh!

Dan, adakah semua mat bangla yang bekerja sebagai pekerja bawahan itu akan menjadi taukeh restauren?  jawapannya: belum tentu.  ia bergantung pada banyak sebab.  seperti yang telah saya katakan pada awal tadi... saya percaya pada jodoh dan rezki.  Selain itu, usaha dan peluang adalah paling penting.  dan, jika kena jodohnya, dia akan berjaya dalam bidang itu.  Jodoh... paling senang ialah contoh pasangan kita.  entah berapa ramai dulunya pasangan kita disukai atau diharapkan.  Dan entah berapa ramai orang yang suka dan harapkan cinta kita.  Tetapi kita bertemu jodoh dengan pasangan kita.  kalau 100 orang yg kita temui, 30 daripadanya mahukan kita, takkanlah kita mesti klonkan diri kita kepada 30 orang.  mestilah kita memilih hanya satu pilihan!

Saya percaya dengan rezki.  ia bukan datang secara bergolek.  Saya tahu apa yang saya buat sekarang.  Saya tidak serik untuk mencari peluang saya.  saya memillih yang saya suka.  Saya memilih yang serassidengan saya.  saya memilih yang saya minat.  Saya tahu saya mahu bisnes.  Saya mahukan keuntungan itu sebagai pendapatan saya.  Saya mahukan yang berkat.  Saya belajar mengenal diri saya.  Saya belajar mengenali orang.  Saya jumpa berbagai kerenah yang kadang-kadang mengejutkan saya.  semuanya menambah nilai dalam khazanah pengalaman.  ia amat berguna.

Satu perkara yang saya pegang dan mahu sentiasa.  Saya mahukan kebaikan dan keberuntungan datang dan ada di sekelilig saya.... dan, saya mesti positif.  Berfikir positif.    Bertindak positif. mengharap positif dan...   Tanggap dan terima orang lain dengan positif.
Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut