ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

16 April 2013

PETUA SHOPING ONLINE

Saya percaya ramai orang yang suka membeli secara online.
Saya pun begitu.  Saya membeli dan menjual secara online.  
Setakat ini semua yang saya beli online, semuanya selamat saya terima.  Namun, saya dengar banyak juga cerita yang tidak bagus mengenai belian secara online ni.  barang tidak sampai, barang rosak, barang tidak seperti yang dikehendaki (dalam gambar nampak best, bila dapat hampeh).  Nampak kek cheese segera dalam promosi internet, macam sedap sangat.  bila dapat dan buat, rasa tak sedap langsung.  buat tak jadi pun ada.  
Oleh itu saya mengambil inisiatif memberi sedikit panduan untuk para pembeli yang memang kebanyakannya suka sangat membeli secara online.
1. Pastikan dahulu siapakah penjualnya.  Adakah kita kenal, kita tahu di mana alamat syarikatnya dan siapa pemiliknya. Jangan membeli (bank in duit) jika peniaga itu tidak diketahui.  Ada laman web yang berniaga macam-macam barang dan peniaganya tidak diketahi siapa.  Kita mungkin teruja dengan tawaran hebatnya melangkaui batau logika.  contohnya barang yang harga RM100, kita boleh dapat dengan harga RM50 sahaja.  agaknya, berapakah keuntungannya?  kalau barang tidak sampai, di mana kita nak rujuk atau dapatkan hak kita?
2. Adakah peniaga ini nampak telus dan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi.  Ada peniaga yang tidak mahu privasinya terganggu.  sudahlah alamat bisnesnya tak diketahui. Berurus niaga hanya melalui borang online.  Saya tidak pernah percaya dengan peniaga begini.
3.  Lihat track rekod perniagaannya.  Adakah dia memang boleh dipercayai. Adakah dia biasa membuat urusan jualan online dan pengeposannya memang benar-benar berlaku.  Ini boleh disiasat dengan melihat sejarah perniagaannya.  kalau mereka ada laman FB, kita boleh nampak aktiviti bisnes mereka.  kalau dah lama bisnes, memang boleh dipercayai.
4. Kebanyakan peniaga online memperkenalkan diri masing-masing dengan meletakkan pengenalan diri mereka seperti gambar sendiri, biodata diri dan sebagainya.  Mereka tidak takut-takut untuk memperkenalkan diri sebagai usahawan.  Orang ramai lebih mempercayai orang yang dikenali daripada orang yang 'entah siapa-siapa'. Contohnya, tokeh puan rozita sendayu tinggi, kak ton tokeh beauty umaira, dan ramai lagi.  pelanggan lebih percayakan orang yang mereka kenal.  sekurang-kurangnya kenal muka.  Ini pengalaman saya sendiri, sekarang ramai yang berurus niaga dengan saya berbanding ketika saya menyembunyikan diri di sebalik gambar pokok dan rumput ... 
5. Pastikan kita boleh mendapat khidmat selepas beli.  Maksudnya, pastikan kita boleh menelefon bertanyakan tentang hal produk tyang kita beli.  kalau kita beli makanan tambahan, tentu ada tindak balas tertentu.  peniaga online perlu dihubungi untuk kita bertanyakan kemusykilan yang berbangkit.  Saya sebagai pembeli online biasa menelefon peniaga online walaupun barang yang saya dapat sudah sebulan saya guna.  memang kerenah pembeli pelbagai.  peniaga online mesti bersedia kerana mereka peniaga.  

sebagai pembeli, saya nasihatkan, hak anda tetap ada.  Anda membayar di atas apa yang anda mahu.  Jadi, anda berhak memilih yang boleh dipercayai.  


sebagai peniaga, anda adalah penjual.  Berniagalah dengan ikhlas dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan pembeliannya.  Kita dapat duit bukannya hanya untuk keuntungan semata-mata.  kepuasan pelanggan bermakna keberkatan dalam kerjaya bisnes kita.

Ok, saya juga peniaga.  Syarikat saya berdaftar dengan SSM.  ini adalah no pendaftaran syarikat kecil saya.  
SA0245806-M
Saya sukakan duit.  

kerana saya memang serius berniaga.  Bukan sekadar main-main dan mahukan keuntungan semata-mata. keuntungan semata-mata tidak boleh dibawa ke alam mati.
Saya memilih keberkatan.  Keberkatan boleh membawa saya ke dunia yang kekal.


Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut