ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

16 Februari 2013

BALIK KAMPUNG BERCUTI 1 - (Kuala Kedah)

KALI INI  keluarga saya bercuti paling lama pulang ke kampung tetapi paling sekejap ada kat kampung halaman.  Cemana tu, hehehe...
Saya sampai di kampung pada jam 5 pagi Ahad lalu.  Hari isnin dah berangkat ke Pulau Langkawi.  Buat pertama kali kami ke rumah adik kami di Pulau Tuba.  Sudah berkali-kali dan bertahun-tahun rancang tetapi tidak menjadi. Adik saya dah beberapa kali datang ke rumah saya.  Akhirnya kami terpaksa tunaikan janji yang tertangguh itu (Ceh, terpaksa tu! hehehehe). Hutang ziarah itu kami bayar pada cuti ini.  Nah, lima hari kami bercuti di Langkawi.  Lima hari juga kami bermain alun ombak dan berulang alik dilambung ombak laut langkawi dengan bot laju.  Memang hangit kulit kami dipanggang mentari dan kering air masin laut Langkawi.  Puas? Ya, puaslah!  Lepas ni adik saya tak boleh nak ungkit-ungkit lagi yang kami tak pergi ke rumahnya.

HARI PERTAMA
Setelah kami dapatkan tiket Feri Pulau Langkawi, kami ke sini - Kota Kuala Kedah.
Di sini tempat saya bermain semasa kecil dahulu.  Saya pernah berada di puncak rumah api ini.  sekarang, tiada siapa dibenarkan naik.  Kawasan sekitar pun banyak berubah. dahulu, ada sekolah di sini.  Namanya Sekolah Rendah Kuala Kedah Seberang Kota

menurut cerita orang-orang di sini, tapak bangunan putih ini dahulunya adalah sebuah istana.  Mereka gelar istana raja bersiung.  semasa tahun 70an, ia dijadikan kelas.  Sekarang, bangunan lama digantikan dengan bangunan baru dan dijadikan mini muzium.  Walaupun bahan muzium ini tidaklah banyak, ia sedikit sebanyak mambangkitkan nostalgia saya. Rasanya, banyak lagi sejarah dan catatan tentang kota Kuala Kedah yang belum dapat didedahkan.  Sepatutnya sejarah tentang keujudan sekolah di sini pun patut diperincikan.  hampir tiada kisah itu dipaparkan di sini.  Hanya saya yang syok sendiri dengan bahan sejarah yang amat sedikit itu (bagi saya).  
Jeti Kuala Kedah.  tempat biasa pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi.  Pemandangan biasa masa kini  pada tahun  70an  dan 80an adalah sangat berbeza.  Dahulunya di sini adalah kampung nelayan.  Rumah mereka bertiangkan kayu bakau yang pelantarnya menganjur ke dalam air.  di situ juga tempat pemilik sampan penambang mengambil penumpang pergi balik seberang kota dan seberang nyonya.  Selain sampan-sampan kecil, terdapat juga bot-bot nelayan pesisir pantai.  Ekonomi penduduk di seberang kota kebanyakannya adalah nelayan kecil.
kawasan bersimen ini dahulunya adalah kawasan berlumpur (selut).  Pada waktu petang, saya dan kawan-kawan akan duduk berjuntai kaki di tembok yang ada meriam katak sambil makan kuaci atau keropok.  kami terhibur lihat
ikan belacak berlumba-lumba di atas selut.  Kadang-kadang kami melihat umang-umang bertukar rumah/cengkerang atau lari masuk ke dalam lumpur.
dari jauh kelihatan jambatan. Jambatan itu dibina sekitar tahun 1993/94.  Suatu ketika dahulu, pergi balik ke seberang sana adalah dengan menggunakan sampan. Saya nak ke sekolah di seberang sana dengan sampanlah.  Saya bersekolah di seberang (sekarang SK Seberang Nyonya).  Pelajar sekolah menengah juga mesti naik sampan.  Sekarang, dataran bersimen ini menjadi tempat orang memancing.  Saya tengok mereka dapat banyak ikan sembilang di sini.



Anak bongsuku menjadi gergasi setelah duduk di atas meriam katak.  hahahah hahah

semasa nak pulang ke rumah kami di gunung, kami singgah di tepi jalan.  Saja nak menikmati pemandangan sawah yang berlatar belakangkan gunung keriang.
heran si adik ni tengok kakaknya yang 'over acting' bersedia nak terbang.  Bukan apa, angin kuat petang itu memang buatkan kami terasa macam nak terbang.  Syoknya hirup angin sawah.  

Ok, saya akan sambung pula kisah bercuti pada catatan akan datang.  
Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut