‘Skrip Closing Telefon’ yang sering gunakan untuk closed'
1. Perkenalkan nama dan syarikat kita.
ini adalah basic ketika membuat panggilan. ini penting supaya customer atau pelanggan kenal siapa yang sedang hubungi mereka. Ada pelbagai mazhab dalam teknik menyampaikan mesej ini.
2. Tanya nama pemanggil.
Teknik ini kita gunakan untuk kenal nama mereka. Kerana dengan menyebut nama, kadar kepercayaan atau convincing level akan meningkat. Yelah kita menyebut nama mereka dengan betul dan jelas.
Cuba buat panggilan dengan menyebut ‘Tuan berminat ke?’ dan dengan ‘Tuan Hakim berminat ke’.. Beza bukan? So ambil nama mereka, catat dan sebut nama mereka!
Contoh:-
“ Sebelum tu boleh saya tahu siapa yang bercakap ? “
3. Tujuan panggilan dibuat dan berikan jangka masa perbualan.
Antara skrip yang gunakan juga ialah memberi ‘time promise’ supaya mereka selesa dan tidak rasa perbulan ini lama (walaupun kadang kala melebihi masa tersebut) dan mereka tidak merasa tergangu waktu mereka.
Selain itu, memaklumkan hajat atau asbab call ini dibuat juga penting supaya mereka tahu kenapa kita hubungi mereka. (ada pelbagai mazhab juga ni, mengikut industri dan produk anda)
Contoh:-
“ Maafkan saya tuan/puan, sebenarnya kami buat panggilan untuk memberitahu tentang kesihatan dan menjana pendapatan. Boleh saya ambil masa tuan / puan 3 minit.
4. Tanya profession ( supaya kita akan bercakap berdasarkan perspektif prospek )
Closing yang berkesan dan convincing ialah apabila kita bercakap dalam perspektif customer. Sebagai contoh kami menggunakan praktis bertanya ‘Profession’ customer untuk di hubung kait kan dengan program yang di tawarkan. Ia nya mungkin berbeza mengikut industri atau bisnes anda.
5. Nyatakan yang program / produk kita sesuai dengan mereka (based on profession) dan kemudian nyatakan apakah faedah yang mereka bakal terima.
Selepas kita tahu profession mereka, maka lebih mudah untuk kita promote atau berikan benefit sesuai dengan profession mereka.
Contoh seperti ini, anda menjual produk skincare, anda menghubungi Cikpuan B dan bertanya soalan profession dan CikPuan B merupakan seorang nurse yang sibuk, so mungkin anda boleh maklumkan bahawa produk anda mudah digunakan, cepat tapi kesan yang efektif.
6. Closing question
Closing question boleh juga menjadi Call to action (CTA). Closing Question yang baik ialah apabila kita tangkap customer dengan soalan-soalan atau offer yang mereka tidak akan lepaskan.
Contoh:-
“ Tuan / puan berminat ? jika berminat kami ada offer untuk tuan / puan ?
Terima Kasih semua kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Skrip closing ini adalah apa yang kami praktiskan dan memang digunakan.
Tetapi saya yakin dan percaya, berlainan industri akan punyai berlainan cara dan teknik, tetapi mana yang mungkin anda boleh guna pakai, you can used and adjust!
Terima kasih Rizal Rashid dengan perkongsian ini