Guasa diamalkan sebagai terapi merehatkan badan, mengesan penyakit dan merawat penyakit. Ia dilihat sebagai terapi pembaharuan molekul yang merangsang pembekalan oksigen, menyingkirkan toksin dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.Urutan dilakukan menggunakan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Secara umumnya, fungsi terapi ini boleh dikatakan menyamai akupunktur dan bekam.
Terapi ini tersebar luas di kalangan rakyat China sejak Dinasti Tang, namun ia boleh disifatkan masih dipandang tinggi dan diyakini oleh masyarakat China. Buktinya, dalam sukan besar seperti Sukan Asia, khidmat pakar terapi guasa turut diperlukan. Profesor Lu misalnya merupakan antara pakar terapi guasa yang diundang sebagai pakar perubatan Sukan Asia Beijing 1990.
Tabib Cina tempatan, Ngau Heong yang mengambil inisiatif menulis buku guasa dalam bahasa Melayu bertajuk Kaedah Terapi Urut Guasa Tradisional Cina menyebutkan dalam bukunya bahawa guasa mempunyai keistimewaan tersendiri. Beliau mendakwa ia berasaskan kepada teori perubatan dan kaedah praktikal dengan bukti klinikal.
Pengamal guasa, Jamaluddin Ahmad yang sudah lapan tahun berpengalaman dan mendalami terapi itu memberitahu, beliau tertarik dengan guasa selepas diperkenalkan oleh seorang rakannya. Sejak mengamalkan guasa, bisa-bisa badan dan sendi yang dideritainya selama enam tahun akhirnya mulai berkurangan.
Penggunaan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau, Jamaluddin berkata, tanduk kerbau dipilih kerana mengikut kajian perubatan China ia mempunyai elemen sejuk. Dalam masyarakat China menerusi konsep keharmonian bertentangan yin dan yang, badan disifatkan sebagai panas.
Ia juga lebih baik daripada penggunaan bahan plastik yang bersifat elektrostatik yang mungkin mengganggu fungsi tubuh dalam reaksi dengan guasa. Ada juga yang menggesek dengan bahan-bahan yang mahal seperti jed dan ada yang gesek menggunakan bahan seperti duit syiling tetapi takut ia mencederakan kulit.
Terapi Guasa bersama lotion dan minyak untuk urutan
Sesiapa sahaja (melainkan orang tua yang terlalu uzur, terlantar sakit atau ibu mengandung) digalakkan melakukan guasa. Cuma gesekan dilakukan mengikut usia dan personaliti individu. Jika seseorang itu muda dan kuat, gesekan boleh dilakukan secara lebih pantas dan sebaliknya.
Terapi asas guasa bukan sahaja dapat melegakan tekanan tubuh kerana ia dapat menyingkirkan toksin berupa sel-sel tubuh yang mati dan terhimpun pada tubuh yang mengganggu pengaliran darah.Rawatan guasa merupakan terapi yang sukar untuk dijelaskan di sini kerana gesekan perlu dilakukan di bahagian-bahagian tubuh berlainan dan melibatkan 400 penyakit termasuk migrain, sakit tulang, insomnia, barah payu dara, mati pucuk, buasir, masalah paru-paru, jantung, usus dan banyak lagi.
Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung.
Walaupun ia nampak seperti birat namun ia tidak pedih apabila disentuh atau terkena air,Jamaluddin berkata, guasa juga boleh dilakukan untuk kecantikan wajah dengan melakukan terapi wajah guasa. Gesekan lembut pada wajah mampu menjadikan wajah lebih awet muda. Gesekan 10 kali dilakukan pada bahagian-bahagian muka.
wasap kakchah di wasap.my/60192830717
Daftar ahli dan pengedar kakchah seluruh Malaysia
Kedai online beli dan kami pos ke alamat anda
Daftar ahli dan pengedar kakchah seluruh Malaysia
Kedai online beli dan kami pos ke alamat anda