ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

16 Februari 2013

BALIK KAMPUNG BERCUTI 3 - pusing-pusing pulau dengan bot di Pulau Langkawi

HARI 3 BERCUTI
Dengan menggunakan bot adik ipar kepada adik saya, kami akan dibawa pusing-pusing sebahagian pulau yang ada di Pulau Langkawi.  Adik saya (tauke kedai dan tauke minyak Pulau Tuba heheeeh)... sanggup tutup kedai demi melayan kakak kesayangannya ini (ye ke sayang?).  hehehehe
inilah pemandangan sebelum bertolak.  yang pakai  spect itam itulah  yang menyumbangkan minyak  bot untuk keperluan pusing-pusing pulau.  Hari ini bos cuti, kedai tutup.  Bisnes stop sekejap yek!

salah satu pemandangan yang sempat dirakam.  entah apalah namanya gua ini.

kalau tak silap namanya pulai lima.  


Akhirnya sampailah kami di Pantai Beras Basah.
kami memilih tempat di hujung pantai.  Konon nak privasilah tu.  baru saja nak menikmati bekalan
yang dibawa, 'kawan-kawan' tak diundang menghampiri nak tumpang sekaki tanpa dipelawa pun

Inilah orangnya yang sibuk sangat nak bermurah hati dok bagi 'kawan-kawannya' makanan percuma.
nasib baik dia tak bagi duit raya sekali. hahahah.  Akhirnya, kawan-kawan semakin galak datang nak sertai kami.  siap angkat geng.  Itulah sebabnya kami lari bawa bekalan ke tempat lain di pantai itu.  

budak-budak, mak budak dan bapa budak semuanya tak lepaskan peluang mandi di Pantai Beras Basah.  air sangat jernih.  Anak saya yang kecil itu mandi sampai terketar-ketar kesejukan apatah lagi angin memang kuat.  Sampaikan saya terpaksa balut anak saya itu dengan kain kering dan peluknya kuat-kuat.  

Dah puas mandi di Pulau, kami singgah pula di Pulau Dayang Bunting.  Naik tangga, turun tangga tau... penat la juga.  akhirnya sampailah kami di Tasik Dayang.  Wau, airnya hijau.  Sangat jernih.  Ramai pelancong ada di sini.

Bagi yang pandai berenang, bolehlah terjun ke dalam air tasik yang terbuka ini.  


Aktiviti riadah yang disediakan si sini.  Dengan baju yang masih lagi basah, kami naik pula yang ni.
Bayarannya RM30 satu  bot.
Ia boleh bergerak sendiri menggunakan kuasa solar, cuma perlu kawal dengan stering kecil.
 nak kayuh pun boleh, tapi taklah begitu laju. 


kat tengah tasik ni airnya bersih.  Sesiapa yang berhajat mendapat zuriat , bolehlah ambil air tasik ini untuk buat minum.  rasanya ada kajian yang menyatakan air ini memang mengandungi bahan penyubur.
Walau apapun, ini merupakan satu alternatif.
Eh, mamat tu... aku ambil gambar dia, dia ambil gambar aku pula. Ish ishk ish...
Di antara bot yang membawa atau menurunkan pelancong ke Pulau ini.  Jeti ini adalah  tempat kami naik bot nak balik semula ke Pulau Tuba.  kalau air surut, Bot tak dapat rapat ke pantai.  jeti inilah digunakan.
Petang itu, setelah sampai di Pulau Tuba, budak-budak berebut mandi di bilik air.  Kedua-dua bilik air rumah adik saya penuh.  Sementara menunggu budak-budak selesai mandi, adik ipar saya ajak saya ke Pemandangan Indah Pulau Tuba.  katanya di situ boleh ditemui karang yang cantik untuk dibuat hiasan.  Dekat ke tanya saya.  Dekat saja, katanya.  Lalu, dia bawa saya kutip siput dan cari karang di pantai berbatu itu.  sayangnya banyak batu karang yang tak dapat ditunjukkan kepada saya kerana air sudah pasang. tak dapatlah kutip batu karang cantik... huhuhu

Ok, kisah percutian ini bersambung, ya.  dan sesiapa yang mahu pusing-pusing pulau di Pulau Langkawi dengan kumpulan sendiri atau keluarga sendiri, saya boleh cadangkan bot.  Bot ini agak selesa dan tertutup.  Jika hujan atau panas, tidak begitu terasa.  
Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut