Apakah definisi makanan tambahan?
1) Air zam-zam
2) Buah kurma
Serat: 4%
Gula: 50% – 57%
3) Khasiat Habbatus sauda’
Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
Memperbanyakkan susu ibu.
4) Madu lebah
Sumber : http://wanitaisma.net/pemakanan-dan-nutrisi/52-wanita-dan-makanan-tambahan.html
Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut. Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.
Wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan memang perlu pada makanan tambahan iaitu zat besi (ferrus sulphate / ferrus fumarate). Oleh itu, mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi amat perlu untuk mengelakkan kepucatan yang keterlaluan (anaemia). Biasanya doktor yang merawat akan memberi preskripsinya untuk pesakit. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapati banyak produk-produk yang mengandungi zat besi dijual di farmasi.
Akhirnya, marilah kita fokus pada makanan tambahan yang telah terbukti menjadi penawar dan penyembuh serta merupakan sunnah Nabi s.a.w.
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”.
Ibnu Qayyum berkata, “Ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.”
2) Buah kurma
Firman Allah s.w.t: “Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potassium.
Protein: 2%Serat: 4%
Gula: 50% – 57%
Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar. Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan. Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.
3) Khasiat Habbatus sauda’
Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.
Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.
Memperbanyakkan susu ibu.
4) Madu lebah
Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”
Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.
Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Sumber : http://wanitaisma.net/pemakanan-dan-nutrisi/52-wanita-dan-makanan-tambahan.html