ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

11 Jun 2014

Masalah kulit wajah

Kita sudah faham, kulit ada tiga jenis umum.  Berminyak, kering, dan kombinasi.  Tiga jenis kulit ini akan menjadi bermasalah jika salah cara menjaganya atau terdedah kepada kotoran, lambakan kulit mati atas kulit, hakisan angin dan haba (matahari dan kepanasan api).  Maka akan terjadilah masalah kulit seperti kulit wajah berjeragat, berjerawat, kulit sensitif dan sebagainya.  Tindakan salur peluh/pori-pori yang menyalurkan peluh bertoksik ke permukaan dermis juga boleh menyebabkan berlakunya tindakbalas biologi bakteria merebak dan mengganggu permulaan kulit atas (epidermis) dan terjadilah radang.  Inilah yang kita harus tahu tentang kulit kita.


kulit bermasalah ada beberapa jenis.

Pertama, kulit berjeragat.


Asalnya, jenis kulit kering atau kombinasi.
SEBAB/PUNCA
sebab amnya adalah kerana tiada lembapan semulajadi di bawah kulit bagi melindungi kulit menyebabkan sel-sel kulit cepat kering dan merentung (inilah sebabnya terjadinya pigmentasi di bawah lapisan kulit)
Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari atau kepanasan seperti memasak lebih-lebih lagi individu tidak menggunakan pelindung kulit seperti pelembab yang bersesuaian akan menyebabkan terjadinya jeragat.


Kedua, Masalah jerawat
Asalnya ia kulit berminyak.  terlalu banyak minyak bercampur dangan daki atau bedak menyebabkan pori-pori tersumbat.  apabila tersumbat, bercampur pula dengan toksin dan kotoran dari dalam kulit, meyebabkan pembentukan bakteria dan menganggu kulit.  Kulit akan tumbuh jerawat malahan boleh jadi menyebabkan radang yang teruk.  

jerawat yang merebak menjadi radang pada permukaan kulit


Kulit Berjerawat, kekotoran dan minyak bercampur dan menutup pori-pori kemudian menjadi radang.




Ketiga Kulit sensitif.
 

Kulit wajah amat nipis.  Terlalu banyak toksin dalam badan juga boleh menyebabkan masalah di permukaan kulit apatah lagi jika kita memilih produk yang salah.  Toksin dalam tubuh menyebabkan rembesan peluh bertoksin ke permukaan... bercampur pula dengan kimia dari bahan kosmetik atau set penjagaan wajah, meyebabkan berlaku kerengsaan pada permukaan kulit.  Kulit akan terasa panas, pedih, gatal-gatal.  Efek tampaknya pula akan berlaku ruam-ruam, kapilari darah timbul ke permukaan kulit, kulit pula seperti terbakar kemerahan dan kelihatan menipis.
Cuba perhatikan, kebanyakan yang berkulit sensitif asalnya memiliki kulit jenis normal berminyak atau kering.  Akibat daripada pemakaian kosmetik atau set wajah yang tidak sesuai atau keracunan bahan kimia yang terlalu tinggi dari produk menyebabkan kerosakan pada sel kulit. Individu terbabit menggunakan set wajah yang tinggi bahan kimia ataupun terlalu kerap bertukar-tukar set panjagaan wajah.  Kimia dalam set wajah itu berpindah ke wajah dan meracuni sel-sel kulit.  sel-sel kulit yang rosak menjadikan kulit lebih parah pabila terdedah kepada cahaya matahari, angin dan peluh bertoksid.

CARA ATASI
Tidak ada jalan mudah dan pintas untuk mengatasi masalah kulit rosak atau bermasalah.  ini bukan main magis kerana salah pilihan akan meyebabkan masalah yang lebih buruk atau lebih parah.  Jangan ambil mudah dengan masalah kulit.  SALAH LANGKAH BOLEH MENYEBABKAN BARAH KULIT.
kulit yang menjadi radang yang teruk

pesakit ini pasti menderita kesakitan dengan masalah kulitnya

Sebaiknya rawatlah dahulu wajah anda sebelum memilih produk yang sesuai.  Carilah bahan rawatan yang berasaskan bahan semulajadi. Kalau boleh pergilah jumpa pakar kulit yang ada title doktor.  mereka lebih beretika dalam tanggungjawab memberikan saranan terbaik untuk masalah anda.  Atau rawatlah sendiri wajah anda dengan bahan semulajadi seperti bedak sejuk buatan sendiri, pupur kentang, lobak merah atau timun.  atau carilah produk wajah yang rendah bahan kimianya seperti Foreverliving, Nuskin atau SKll.
JANGAN cepat beralih ke produk yang lain.  anda kena faham, kulit wajah anda perlu dirawat, bukan ditambah lagi dengan bahan kimia.  
DAN LEBIH PENTING... jagalah kesihatan tubuh anda juga kerana tubuh yang bertoksin akan menyebabkan kulit bermasalah.  tubuh yang sihat, memiliki sel-sel kulit sihat dan proses penyembuhan akan cepat berlaku.

kakchah boleh bantu anda dengan tips dan saranan yang tepat.  langkah yang betul bakal mengatasi masalah anda malahan menyelamatkan wang dan kesihatan kulit anda.
Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut