Solawat As-syifa'/Thib
صلوات الشفاء/ طب
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل علي سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونورأبصارها وضيائها وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
صلوات الشفاء/ طب
اللهم صل علي سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية أجسامها وشفائها ونورأبصارها وجلائها وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa daripada Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa'.
_____________________________________
Dalam Al quran dan Hadis ada banyak yang di sentuh tentang makanan yang kita makan sehari-hari.. pemakanan yang tidak sihat punca tubuh menjadi lemah.Pemakanan punca pelbagai penyakit. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda. yang paling penting punca makanan itu perlulah HALAL InsyaAllah tubuh sihat...
_____________________________________
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,
1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah
shallallahu `alaihi wasallam bersabda,"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu'anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah,bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ."
Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." (HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi
Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
4. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya." (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)
_________________________________________________________
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja yang maha berkuasa...
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.