Pakar Terapi Aura, Pusat Rawatan & Hidroterapi Batrysia, Dr. Ridzuan Noor berkata, aura adalah medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Mungkin anda pernah mengalami situasi ini. Bertemu seseorang buat kali pertama dan tiba-tiba timbul sama ada perasaan kurang senang atau tidak selesa dengannya.Pada ketika yang lain pula, kita menjadi sebaliknya apabila sangat menyukai seseorang walaupun baru mengenalinya. Segala tindak-tanduknya okey dan menyenangkan, penampilannya baik-baik sahaja di mata kita, bahkan kita boleh jatuh suka terhadap apa-apa sahaja yang datang darinya.
Dua contoh kes berbeza di atas menggambarkan adanya interaksi aura atau medan tenaga di antara seseorang dengan yang lain.Ini kerana aura seseorang itu memancar dan mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Anda mungkin berasa tidak selesa kerana aliran tenaga yang keluar adalah negatif.
"Ia juga digelar sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif,'' katanya.
Menurutnya, walaupun tidak kelihatan, sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu sebenarnya wujud di persekitaran (menyelubungi) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan yang hidup.
Terapi warna dalam bahasa perubatan digelar ‘Cromotheraphy’. Manakala di dalam Perubatan Islam ianya dipanggil 'Atthibul Hayat'.Secara ringkasnya untuk keterangan di sini, warna-warna ini samada dipakai dalam bentuk pakaian atau sebagai pemandangan di tempat tinggal atau menjemurkan air di dalam botol yang diwarnakan dengan warna tertentu dan disaluti dengan kertas plastik berwarna di tengah cahaya matahari untuk tujuan sinergi cahaya.
Ianya dibiarkan antara 2-3 jam. Kemudian air ini diminum 2-3 kali sehari oleh pesakit.
Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa khasiat warna kepada penyakit tertentu.
HIJAU : Bertindak ke atas selaput lendir di dalam keseluruhan sistem badan terutamanya usus. Oleh itu, sangat berguna untuk cirit-birit, penyakit kulit dan lain-lain. InsyaALLAH.
KUNING : Semua jenis penyakit di hati seperti sirosis, sakit kuning, sembelit yang berpunca dari gangguan fungsi hati. InsyaALLAH.
BIRU : Semua penyakit di bahagian kerongkong seperti Tosilitis, Streptococcal pharyngitis (sakit tekak streptokokus), batuk yang kronik, susah menelan, sakit dalam tekak dan lain-lain. InsyaALLAH.
UNGU : Berguna kepada masalah saraf dan kesakitan bahagian saraf, Sciatica(sakit saraf) dan lain-lain. InsyaALLAH.
MERAH : Rheumatism, Arthritis, Masalah Penglihatan, masalah saraf dan masalah cirit birit kronik. InsyaALLAH.
Dr. Ridzuan turut memberikan tip mudah untuk mengenali seseorang yang berperwatakan negatif atau aura bocor.
``Bila bercakap, banyak negatif. Apa sahaja yang kita buat atau cakap semua dari otak, kalau otak negatif, automatik auranya pasti negatif juga.''
SIFAT WARANA AURA SECARA UMUM
* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil
* Biru - spirituil dan telepati yang baik
* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain
* Hijau - menenangkan
* Kuning - periang
* Oren - hebat, luar biasa dan unik
* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif
* Merah jambu - penyayang
* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif
* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup
* Belerang - tidak sihat, pemarah
* Putih - penyakit serius.
AURA MEJADI LEMAH SEKIRANYA
* Kurang bersenam
* Merokok
* Kurang rehat
* Udara yang tidak bersih
* Tekanan
* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah
* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.
TIP MEMULIHKAN AURA
* Berfikiran positif
* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.
* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.
Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.
* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan.
Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.
* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif
* Banyakkan minum air putih.