Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, dua jenis kelenjar pada kulit tubuh manusia membentuk kepada dua masalah bau badan, bromhidrosis ekrin dan bromhidrosis apokrin.
“Kelenjar ekrin biasanya mengeluarkan peluh yang masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau, manakala kepadatan kelenjar apokrin pula tertumpu pada bahagian tertentu seperti ketiak, celah paha (perineum), kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan sebum, juga biasanya tidak berbau.
Bauan daripada masalah bromhidrosis ekrin terjadi apabila rembesannya melembutkan keratin kulit yang membolehkan bakteria memecahkan keratin yang menyebabkan bauan busuk.
Pengambilan makanan seperti bawang putih, bawang merah, kari, alkohol, nikotin dan kopi secara berlebihan turut menggalakkan penghasilan peluh dari kelenjar ekrin sehingga mengeluarkan bauan tidak menyenangkan dengan lebih kuat.
Berdasarkan kajian menunjukkan bau badan berkait rapat dengan corak genetik seseorang yang menentukan kepadatan kelenjar apokrin. Faktor usia muda turut mendorong pengeluaran rembesan kelenjar apokrin yang aktif.
Menurut Dr Sharifah Halimah, masalah bau badan ini tidak terhad kepada individu yang mengalami obesiti saja namun mereka memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menghidapi isu hiperhidrosis dan bromhidrosis.
Terdapat beberapa penyakit yang dikategorikan sebagai penyumbang masalah bromhidrosis seperti kencing manis, sindrom metabolik, gangguan fungsi ginjal, kegagalan fungsi hati, trichomycosis axillaris (jangkitan di bahagian ketiak) dan erythrasma (penyakit kulit)
Penggunaan sabun antibakteria berbanding sabun berbau wangi untuk mengawal jumlah bakteria khususnya di bahagian badan tertentu. Selain itu, disarankan juga memilih krim mandian berbanding sabun pepejal
Tip kurangkan masalah bau badan:
1. Kurangkan pengambilan sumber makanan yang boleh menggalakkan aktiviti kelenjar peluh apokrin dan ekrin dan merembeskan peluh yang berbau seperti bawang putih, bawang merah, alkohol, kafein, nikotin, merokok dan sebagainya.
2. Cuci selalu bahagian kulit badan yang lembap seperti pelipat, ketiak dan celah paha.
3. Meningkatkan pengambilan probiotik (bakteria kulit yang berguna) supaya ia lebih tinggi kepadatannya dan dapat mendominasi permukaan kulit. Bakteria lactobascilllus mengeluarkan glikogen dan aseton mengeluarkan bau yang menyenangkan di samping mengawal pertumbuhan mikroflora yang tidak sihat.
4. Menggunakan deodoran atau pewangi.
5. Memakai baju jenis kain yang lembut, mempunyai ciri pengudaraan yang baik dan tidak kedap.
Untuk dapatkan produk ni boleh wasap.my/60192830717 Man
Jom detox buang toksin dan kolesterol ...perlu detox untuk masaalah bau badan yang tidak disenangi kerana badan berpeluh mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan, sekiranya terdapat banyak toksin hati sudah tidak bekerja dengan cekap dan baik dan memerlukan nutrisi dan vitamin yang cukup untuk kembali sihat
Klik jom detox untuk maklumat lagi
Atau hubungi pengedar kami seluruh Malaysia
- PENGEDAR KELANTAN,TERENGGANU,PAHANG,MELAKA
- PENGEDAR PENANG,KEDAH,PERLIS,PERAK
- PENGEDAR/AGENT SABAH DAN SARAWAK
- PENGEDAR SELANGOR,KL.NEGERI SEMBILAN
- PENGEDAR ZON SELATAN
Artikel : Ahad, 27 Mei 2018