Hairan dan pelik bukan apabila berat badan anda tiba-tiba menaik tanpa sebarang sebab? Walaupun ada yang telah berusaha untuk menurunkan berat badan, tapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Antara punca gemuk anda bukan disebabkan anda terlalu banyak makan benda yang berlemak atau manisan. Sebaliknya, cuba periksa tabiat waktu tengah malam ini.
8 sebab kenapa keadaan ini berlaku
1. TIDUR TAK TERATUR
Tahukah anda, tidur anda tak teratur atau tak cukup tidur, ia akan menjejaskan kadar metabolisme tubuh. Sebuah kajian dilaporkan melalui laman web kesihatan Health24 bahawa masa tidur yang konsisten dikaitkan dengan kurangnya lemak dalam tubuh.
2. MENGAMBIL MAKANAN BERAT PADA WAKTU MALAM
Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia menyebabkan pencernaan anda kurang efisyen.
3. TERUS TIDUR SELEPAS MAKAN MALAM
Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan adalah makan malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur.
4. SNEK TENGAH MALAM ATAU ‘SUPPER’
Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah snek atau ‘supper’ selepas waktu makan malam. Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan.
5. ‘SKIP’ MAKAN MALAM
Tabiat ‘skip’ makan malam boleh menjejaskan emosi seseorang dan akan menjadikan anda lebih lapar pada keesokan harinya. Akibatnya, kita cenderung untuk makan lebih banyak dan anda yang tidak mengambil makan malam, metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan.
6. MINUM KOPI
Kopi atau sebarang minuman berkafein seperti sesetengah soda yang diambil pada waktu malam adalah amat buruk untuk kesihatan anda. Selain menyebabkan tidur anda terganggu, ia juga mengandungi banyak kalori.
7. MENGGUNAKAN GAJET SEBELUM TIDUR
Menurut kajian yang dilaporkan melalui Daily Mail, lampu biru yang dihasilkan oleh peranti ini boleh menjejaskan kesihatan serta mengganggu tidur anda. Penelitian mendapati lampu biru tersebut dapat menjadikan seseorang berasa lapar seawal 15 minit selepas terdedah kepada lampu biru tersebut.
8. TIDUR LEWAT
Tidur lewat akan mengganggu corak tidur dan aktiviti harian anda setiap hari. Ia juga boleh menjadi punca gemuk kerana kitaran tubuh anda berlaku bertentangan dengan cara semulajadi di mana ia patut berehat.
Semoga bermanfaat kepada semua rakan-rakan di group ini mulakan perkara yang baik-baik dan fikir yang baik.
Terima kasih atas keprihatinan anda membaca post ini..
Untuk mendapatkan info bagaimana menurunkan berat badan yang idel bersama kakchah jo lihat beberapa program dan produk yang sesuai dan diamalkan oleh berjuta orang seluruh dunia untuk menjaga dan menurunkan berat badan terbukti sejak 40 tahun yang lau dan membantu ramai orang di dunia....kini sudah lebh 30thanun berada di Malaysia tetapi masih ramai yang tidak mengetahui tentangnya jom kita berkongsi
Program diet sihat bersama clean9
Alhamdulillah hubungi kakchah http://wasap.my/60192830717