As salam semua pembaca blog kakchah terima kasih banyak kerana berkunjung dan tak jemu-jemu semoga perkongsian disini dapat memberi manfaat kepda semua.
Merenung kepada zaman-zaman kecil kita semua pernah kah kita terdengar dan mendengar ibu atau ayah berkata; "AYAH/EMAK takde duit sekarang boleh sabar tak?"
Pastinya kita tidak pernah dengar kan? Sebenarnya itulah ilmu yang mereka serap dan amal dari guru-guru agama di zaman mereka. Ucapan kita sebagai bu bapa atau anak sebenarnya adalah doa yang kadang Allah makbulkan dan seperti juga ianya satu tarikan negetif kepada aura tubuh badan.
Ayah dan ibu selalunya berkata ; Takpe nanti ayah/ibu belikan sekarang tak boleh lagi ayah sibuk atau ayah anyak kerja atau ayah tak sempat. Tanpa menyatakan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk kita tetapi merak masih lagi berfikiran positif dan yakin Allah akan berikan rezeki pada masa akan datang.
Bagi memudahkan rezeki berupa wang,harta atau sebagainya seringkali kita sebagai orang islam sudah di ajar dan di tunjukan oleh Rasullullah s.a.w tentang perbanyakkan sedekah maka perlakuan yang baik akan menarik juga perkara-perkara yang baik kepada kita.
Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerja kita buat sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah [2:261]
Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang. Ini termasuklah di dalam tawaran Allah yang disebut di dalam surah at-Talaq, yang dinamakan oleh ramai sebagai ayat seribu dinar :
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
( At-Talaq : 2-3)
Namun perlu diperhati sejelas-jelasnya, ayat di atas mensyaratkan seseorang untuk menjadi ‘BERTAQWA’ sebagai jalan dibuka jalan kemudahan dan kebaikan dari pelbagai sumber tidak dijangka. Tidaklah sama sekali tepat pandangan ramai yang mengaitkan ‘gantung’ ayat tersebut di rumah dan kedai sebagai cara meningkatkan rezeki dan pendapatan, tanpa bersifat taqwa di dalam kerjaya, perniagaan dan tugasan. Sedangkan hakikatnya, taqwa itulah kuncinya, bukan dengan menggantung ayat tersebut dan sebagainya.
Semoga perkongsin kali ini memberi menfaat kepada semua pembaca dan perigatan juga kepada kakchah yang Allah pinjamkan segala ilmu ketika ini, semoga bermanfaat kepada semua.
Semoga perkongsin kali ini memberi menfaat kepada semua pembaca dan perigatan juga kepada kakchah yang Allah pinjamkan segala ilmu ketika ini, semoga bermanfaat kepada semua.