Orang Terkenal yang Mungkin Akan Menginspirasi Anda Agar Tidak Mudah Berputus Asa
"Jangan sekali-kali berputus asa." Mungkin ini salah satu ayat paling klise yang anda dengar ketika anda sedang membina kerjaya. Tetapi ada sebabnya kata-kata ini clichés kerana anda tidak tahu bila kejayaan benar-benar berlaku dalam hidup anda.
Kami tahu dan percaya bahawa lebih mudah berkata daripada melakukannya, maka kami kumpulkan cerita-cerita berikut seperti selebriti terkenal yang pasti tidak pernah berputus-asa, antaranya Sarah Jessica Parker, Stephen King, dan J.K. Rowling, untuk permulaan.
Semua orang ini kini menjadi sebutan disetiap penjuru dunia, tetapi kejayaan mereka tidak semudah yang disangka. Ada yang tinggal di dalam kereta , mengalami penderaan keluarga, dan hampir semua penolakan ditemui selepas penolakan secara profesional dan peribadi, sebelum akhirnya kejayaan menjengah disetiap ruang kehidupan mereka. Baca dan dapatkan inspirasi!
1. JIm Carrey (pelakon Hollywood)
Apabila Carrey berumur 14 tahun, bapanya kehilangan pekerjaannya, dan keluarganya melalui masa yang sukar. Mereka berpindah ke van VW di halaman saudaranya beliau mengambil masa lapan jam bekerja kilang seharian selepas sekolah untuk membantu memenuhi keperluan.
Pada usia 15 tahun, Carrey melakukan rutin komedi di atas pentas untuk kali pertama yang dibuat oleh ibunya-dan benar-benar meberi kejutan. Pada tahun berikutnya, usia 16, dia berhenti sekolah untuk memberi tumpuan kepada komedi sepenuh masa dan berpindah ke LA tidak lama selepas itu, dia akan meletak kereta di Mulholland Drive setiap malam dan membayangkan kejayaannya. Salah satu malam dia menulis cek sendiri dengan jumlah $ 10,000,000 untuk "Acting Services Rendered," yang bertarikh hari Thanksgiving tahun 1995.
Beliau menyimpannya di dompetnya sepanjang masa dan di dalam peti mayat ayahnya. Beliau menerima cek dengan nilai tersebut pada tarikh sama melalui filem Dumb and Dumber
2. J.K. Rowling (Penulis Buku Harry Potter)
J.K. Rowling baru sahaja mendapat surat perceraian meskipun ada bantuan kerajaan tetapi hampir tidak mampu memberi makan kepada bayinya iaitu pada tahun 1994, hanya selepas tiga tahun sebelum buku Harry Potter, Harry Potter dan The Philosopher's Stone, yang pertama diterbitkan. Beliau sangat miskin dan tidak mampu membeli komputer dan kos cetakan dan salinan novelnya yang mempunyai 90,000 perkataan, maka beliau menaip setiap versi bukunya untuk dihantar kepada penerbit.
Novel tersebut ditolak berpuluh-puluh kali sehingga akhirnya Bloomsbury, penerbit kecil di London, memberi peluang kedua selepas anak perempuan pengurus tersebut berusia lapan tahun sangat menyukainya.
Artikel dirujuk