Dalam laporan tekanan 2015 "Paying With Our Health," Persatuan Psikologi Amerika mengesahkan bahawa setiap tahun demi tahun, melaporkan tahap tekanan dihadapi oleh wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki.
Tekanan di tempat kerja kian bertambah buruk bagi mereka yang mempunyai keluarga, menjaga orang yang sudah tua dan menangani masalah kesihatan kronik.
Banyak orang terlalu biasa mendengar bahawa positif adalah kunci. Malangnya, ketika kita semakin dewasa adalah menjadi lebih sukar untuk menjadi positif. Hidup mempunyai banyak masalah dan masalah yang mesti kita semua hadapi dan pelajari. Kerja boleh menjadi tempat yang sangat tertekan, dengan kerja deadline dan pelanggan dan rakan sekerja.
MULA DENGAN PERANCANGAN
Banyak tekanan kerja HADIR dari tarikh akhir yang terlewat dan tidak teratur. Cipta kalendar berkod warna untuk semua acara kerja, tarikh akhir, mesyuarat, dan kemas kini pelanggan. Mampu melihat takwim semua acara harian akan membuat kerja menjadi kurang tertekan.
AMALKAN KOMUNIKASI BERKESAN
Terdapat sebilangan besar orang mempunyai komunikasi negatif antara satu sama lain kerana komunikasi yang tidak berkesan. Hantarkan e-mel yang mengemas kini rakan sekerja mengenai perkara-perkara yang mesti diketahui oleh setiap orang dan semasa bercakap secara langsung, banyakan mendengar daripada tiba-tiba meyampuk. Komunikasi yang lebih baik menghasilkan komunikasi yang positif dan perasaan yang positif.
SENTIASA SENYUM DAN MEMBERI SALAM
Latih diri agar sentiasa tersenyum, memberi salam dan bersikap lebih optimis maka rakan sekerja lain akan menghampiri anda dengan sikap yang sama. Pelanggan juga lebih suka bekerja dengan seseorang yang profesional dan ramah.
BUAT MATLAMAT KECIL
Menetapkan tujuan kecil yang membawa kepada pencapaian yang lebih besar akan membantu anda tetap fokus akan membantu menjaga sikap positif dan optimis.
LAKUKAN KERJA DI PEJABAT
Lakukan kerja di pejabat bukan di rumah dan habiskan masa peribadi anda bersama keluarga, rakan, dan hobi anda sendiri, pekerjaan akan kelihatan lebih selesa dan semestinya ianya sebahagian dari kehidupan.
Niat kerja kerana ingin memberi kebaikan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Luaskan kefahaman dengan memahami sabda Rasulullah SAW mafhumnya: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain."
Berkat itu tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa, tidak diukur pada kuantiti harta tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan peroleh ketenangan dan kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya dapat dibahagi dan dikongsi.
Abu Hurairah RA berkata Nabi SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, kerjakanlah ibadat semata-mata untuk-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak mengerjakannya, maka Aku penuhi dadamu dengan kesibukan tetapi Aku tidak menutup kemiskinanmu.” (HR Ibnu Majah)
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)
Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:
- Memudahkan rezekinya
- Memudahkan urusannya
- Menjaga kekuatan jiwanya
Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”