Hari ini menentukan bagaimana kita akan menghadapi hari esok. Amat penting untuk kita menjaga dan mengawal beberapa perkara di dalam hidup agar kita berada pada tahap terbaik agar dapat melakukan perkara yang telah kita rancang.
Ramai orang mengalamai masalah sukar untuk bertindak mengikut perancangan. Ini berlaku apabila kita gagal mengawal beberapa perkara utama dalam hidup maka bagaimana merancang dan mengawal situsai tersebut.
Firman Allah s.w.t
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati)
Surah AdhDhuha. Ayat 005
Firman Allah s.w.t
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati)
Surah AdhDhuha. Ayat 005
Merancang dan mengawal diri
Tetapkan matlamat untuk kehidupan, perniagaan, keluarga, kesihatan, persahabatan dan kesihatan. Tetapkan tahap kepentingan cara anda menghabiskan masa sesuatu perkara tersebut. Tuliskan matlamat hidup anda dan tentukan berapa banyak masa yang anda akan habiskan untuk mengejar setiap matlamat tersebut.
MASA
Amat perlu untuk kita menjaga dan mengawal masa setiap hari dengan memastikan setiap jam dan minit terisi dengan perkara yang betul.Ini kerana perkara paling mahal yang tidak ada nilainya adalah masa sekarang.
Firman Allah s.w.t
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- وَالْعَصْرِ
- Demi Masa!
- إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
- Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
- إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Rancang dengan menulis dan membuat jadual yang bermanfaat kepada diri sendiri dan keluarga anda, nyatakan dalam jadual harian anda agar seluruh masa anda dapat dimanfaatkan susun jadual mengikut keperluan dan kepentingannya termasuk waktu santai, berehat (sendiri/keluarga) dan tidur
TENAGA
Tenaga menjadi kuat apabila ada motivasi tinggi, keazaman dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai sesuatu dan mejad lemah apabila berlaku sebaliknya. Tenaga diri dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya keimanan di dalam diri dan kuantiti makanan yang kita makan setiap hari.
Firman Allah s.w.t
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia
Surah Toha 20:81
Gunakan tenaga setiap hari ke arah matlamat kejayaan pada masa depan anda.
FIKIRAN
Fikiran yang bersih dan positif akan mendorong tindakan yang baik dan berkesan. Fikirkanlah perkara-perkra yang boleh menenangkan jiwa agar dapat membantu hidup kita menjadi lebih baik dan senantiasa dapat mengingati Allah.
Firman Allah s.w.t
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Hasil daripada fikiran yang baik dengan perancangan dan ilmu yang betul membantu anda berjaya.
KAWAL DIRI
Orang cemerlang adalah mereka yang mengawal diri untuk melakukan hanya perkara yang dirancang sahaja dan menolak perkara yang tidak penting atau tiada dalam perancangan.
Firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Disiplin diri tinggi akan membantu ke arah melakukan perkara yang perlu kita lakukan. Disiplin diri ditingkatkan dengan kemahuan kuat untuk berjaya dan mengubah hidup.
IMAN
Menjaga solat 5 waktu adalah amalan wajib dapat menjaga iman kita dan dapat menghindarkan kita dari melakukan dosa dan kemungkaran. Tambah iman setiap hari dengan amalan sunat seperti solat sunat Dhuha, solat sunat Taubat, istighfar, berzikir, bersedekah dan berselawat. InsyaAllah iman kita akan terjaga.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
Sumber rujukan
Kedit kepada Zulpress