Hari ini aku memakai pakaian putih bercorak bunga biru sedikit pink. kukenakan tudung biru lembut. Tetiba kusedar tudung itu selalu kukenakan. aku cepat saja menukarkannya dengan tudung biru gelap dan bumbung (awning) warna biru muda. Ah, mengapa wajahku nampak kusam? lalu kutukar tudung lain yang berwarna pink muda ke arah merah jambu (nasib baik sekarang ini ada tudung yang mudah pakai). kali ini agak sesuai walaupun ideanya seperti kurang betul kerana hanya sedikit bunga berwarna pink. namun, bolehlah... rasanya dah CANTIK BERSERI nih...
ada tudung yang aku beli dengan harga yang murah, tapi sering kena dengan pakaianku. ada yang agak mahal dan aku begitu berkenan semasa membelinya tetapi aku jarang memakainya kerana tidak sesuai dengan pakaian. ada tudung yang sudah berkali-kali kucuba sepadankan dengan pakaian, tetapi tidak mengena, lalu kuhadiahkan kepada orang (walaupun kuterasa sayang). ada tudung yang aku beli dengan harga yang sederhana dan rasanya memang boleh masuk dengan banyak pakaian yang ada, tetapi belum pernah kukenakan kerana bila kusesuaikan terasa seperti berlebih-lebihan atau kadang-kadang terasa rimas atau tak kena gaya.
namun, sebenarnya, warna tudung sangat memainkan peranan dalam kecantikan. oleh itu, jika mahu membeli tudung, bawalah pakaian-pakaian yang ada supaya kita dapat membeli tudung yang paling sesuai.
HAHAHAHAHA boleh ikut ke petua ni