Bela kucing memang nampak macam mudah. Namun, nak jaga makan minum, nak jaga bulu supaya tak banyak luruh, nak pastikan dia tak 'membuang' merata-rata, dan nak jaga kesihatannya memerlukan banyak pengorbanan. Demikian terdapat soalan dan jawaban tentang kucing. saya bukanlah pandai sangat tapi ada sikit pengetahuan asas tentang kucing.
S: Bagaimana nak jaga bulunya agar tidak luruh?
J: Jangan beri kucing makanan berminyak spt ayam goreng, ikan goreng
S: Bagaimana sakit perut kucing terjadi?
J: Makanan kucing yang tidak sesuai seperti ikan goreng, ikan rebus, makanan terdedah, menyebabkan makanan dijangkiti kuman, dan kucing mkan dapat penyakit. biasakan kita membersihkan bekas makanan terutama bekas airnya. tukar dua kali sehari dan beri kucing minum air bertapis.
S: Apakah makanan yang sesuai untuk kucing.
J: Beri makanan kibles (biskut kucing). beli yang mahal lagi baik. ia tidak mudah busuk kerana kering. diet kucing memerlukan banyak protein. ia perlukan lebih banyak daripada manusia.
S: Adakah kucing perlu dibawa ke klinik?
J: Seperti manusia, kucing juga ada rawatannya. ada suntikan berkala macam bayi.
S: Adakah kucing demam macam mannusia?
J: Ya, kucing juga boleh demam. Malahan demamnya lebih teruk. Jika dibiarkan membawa maut
S: Mengapakah kucing kerap dijangkiti penyakit kulit?
J: Pergaulan bebas. pergaulan dengan kucing lain menyebabkan kuman daripada kucing lain berpindah kepada kucing lain.
*Tentang penyakit kulit kucing, saya mengamalkan satu cara.
Sebelum minum pagi, jenguk kucing seekor ni. Namanya mucang. Ada macam penyakit kurap kat leher dia. Pagi ini semakin bagus. semalam dah sapu bioever. pagi ini sapu lagi. esok lusa baiklah tu...
saya biasa bawa kucing-kucing ni ke doktor. kalau saya bawa pergi doktor macam selalu, caj doktor RM10, ubat kurap RM20, ubat antibiotik RM10, suntikan RM10-20. krim sapu RM15. campurlah semua. sekali lawatan ke klinik veterinar RM55-RM75. kucing-kucing saya banyak kali dah terkena kurap ni. kalau diikutkan, beratus-ratus RM mesti terbang. Saya sapu sikit bioever dah boleh baik.