Dua minggu lepas, saya ke Putrajaya. Ada urusan di sebuah jabatan kerajaan. Semasa menunggu, saya bersembang dengan seorang wanita hampir sebaya saya. Sembang punya sembang saya cakap yang saya menggunakan produk NU Skin untuk membuat rawatan wajah. Semasa itu baru dua minggu saya menggunakan produk Nu skin. Wanita itu teruja apabila mendengar tentang Nuskin. Kami bertukar-tukar nombor telefon kerana dia memang mahu melihat sendiri mesin galvanic spa itu.
Dia akan kumpul wang kerana mahu membeli galvanic spa yang dikatakan amat berkesan itu. Ada tiga empat orang lagi (yang baru kenal) yang berminat mahu tahu dan lihat galvanic spa setelah saya menceritakannya.
Dua tiga hari lepas, saya mendaftar ahli untuk satu produk organik. Semasa mengisi borang, penjaga kaunter barang organik itu baru tahu tentang usia saya. Semasa itu, saya memang tidak memakai bedak ataupun apa-apa solekan. Apabila dia bertanya tentang rahsia kulit cantik,saya katakan padanya yang saya buat rawatan Galvanic spa AgeLOC Nu Skin.
Dia memberikan no telefon dan berpesan agar saya menelefonnya dan berjumpa dengannya lagi. memang Teruja dia mahu melihat sendiri Mesin mobail Galvanic Spa AgeLOC. Pada hari yang sama juga, seorang promoter memberikan nombor telefonnya. Bukan sebab dia mahu saya membeli barang yang dijualnya, sebaliknya dia berminat dan mahu membeli Galvanic Spa selepas saya berkongsi rahsia kulit awet muda.
Semalam, saya merancang untuk ke tiga tempat. Saya keluar rumah dari jam 11 pagi. Tempat pertama, saya tak dapat pergi atas masalah teknikal yang terjadi secara kebetulan. Tempat kedua, KD... saya mahu menemui seseorang tetapi tidak dapat menemuinya juga. Lalu, saya jumpa dua kawan lama di rumah masing-masing.
Sudah lama tidak berjumpa sudah tentulah apabila bertemu, wajah berbeza kerana faktor usia meningkat. Begitulah juga wajah saya. Berubah. Tetapi, wajah saya bertambah muda! Kawan yang pertama minat pada Galvanic Body spa. Ya, dengan menggunakan mesin itu, kita boleh menghilangkan lemak di kawasan pilihan sepertimana pakej rawatan yang ditawarkan di spa moden bertaraf tinggi. Kawan yang kedua pula, saya buat rawatan Galvanic spa + line corrector. Saya nampak perubahan wajahnya setelah selesai rawatan. Namun, dia belum bersedia untuk wajahnya dijadikan testimoni. Ya, kebanyakan pengguna (Melayu) Nuskin masih malu-malu untuk tampil sebagai testimoni.
Apa yang saya dapat simpulkan setelah menggunakan produk rawatan AgeLOC Galvanic Spa NUSKIN, saya hanya perlu mempamerkan wajah saya untuk meyakinkan sesiapa sahaja. Saya dapati, ramai yang menyatakan akan membeli sebuah mesin Galvanic spa.
Mereka mahu merasai, memiliki dan tampil dengan wajah baru yang meyakinkan. Ya, seperti mana yang berlaku pada saya ketika ini!