semalam, ada seorang datang promosi mesin air dan makanan tambahan syarikat MLM. Saya ok saja. Tidak menolak langsung walaupun saya sendiri ada banyak jenis makanan tambahan yang saya guna untuk keluarga saya.
demo-nya menggunakan sebuah mesin analisis kandungan air. Dan satu lagi set pengaliran arus elektrik.
Dia ambil contoh air paip, air tapis dan air RO yang dibawanya.
ujian pertama:
mesin analisis dicelup ke dalam air paip. bacaannya adalah 6. mungkin PH6. kemudian, dicelup pula ke dalam air bertapis saya. bacaannya juga 7. Kemudian dia mencelupkan ke dalam air bertapis RO miliknya. Bacaannya 0. Ok...
Ujian kedua:
set pengaliran elektrolisis digunakan. rod-rod logam besi konduktor elektrik diletakkan ke dalam air paip dan air RO. Hasilnya, air paip berwarna keruh. air RO masih lagi jernih. Air tapisan digunakan pula untuk ujian menggantikan kedudukan air paip. keputusan ujian hampir sama, cuma warnanya berbeza kerana kandungan air tapisan ni sudah menyahkan beberapa elemen semasa proses tapisannya sebagai air minuman.
Kesimpulan yang dibuat oleh saudara saya tu; Beginilah air yang keluarga akak guna. bayangkan ia nak melalui buah pinggang. Saya jadi gelabah sekejap, rasa hampir nak pitampun ada.
Tapi...
erkkkk nanti sekejap!
sebelum ini saya menggunakan penapis RO. Saya menukarkannya setelah saya membuat sedikit kajian kecil dan tinjauan sebelum membuat keputusan membeli penapis air yang saya gunakan sekarang. Ok, saya pun 'recall' balik kaitan ujikaji hari ini dengan fakta yang saya tahu.
Fakta segera : Air merupakan konduktor elektrik. Mengapa ia jadi konduktor elektrik? Sebab kandungan mineral sperti magnesium, kalsium, sodium dll. air mati (spt RO) bukan pengalir elektrik kerana ia langsung tiada mineral.
Air RO bagus digunakan untuk campuran ubat-ubatan hospital. Ia merupakan air tulen. Mengapa hospital menggunakan air RO? Air RO neutral. Jika guna air yang ada kandungan mineral, kandungan kimia perubatan akan terganggu fungsinya. Jadi, RO diperlukan di hospital.
lagi satu, kalau nak isi air dalam radiator kereta, gunalah air RO kerana enjin memerlukan air tuleh, bukannya air bermineral.
Jadi, apa cerita sebenar demonstrasi yang dibuat penjual penapis air RO?
Fakta tambahan :
PH 0-5 adalah asidic.
PH 6, 7 dan 8 adalah neutral. (air suling phnya 7)
PH 8 hingga 14 atas adalah alkali
Bagaimana Air Mineral? (beralkali)
Air mineral sangat bagus untuk tubuh. Ia dapat diserap oleh tubuh dengan cepat berbanding air tulin. Orang yang mengerjakan Haji di Mekah menjelani aktiviti harian dengan keadaan segar bugar dan lebih sihat kerana mendapat bekalan air ZAM-ZAM. Air ini mengandungi mineral spt sodium, magnesium daan kalsium yang sangat tinggi. Siapa yang berani menyatakan air Zam-zam tidak bagus kerana adanya elemen mineral ini? Ya, ada! Pada tahun 1971, seorang doktor pakar (pakar air yuuuu) dari Mesir menulis ke akhbar di Eropah bahawa air Zam-zam tidak selamat diminum dan mengaitkan dengan kedudukan geografi Mekah di bawah paras laut, kedudukan yang jauh dari punca air semulajadi serta dikelilingi longkang dan saluran kumbahan. Maka telaga air Zam-zam sudah pasti tercemar dengan enapan bahaya. Itu kesimpulan semberono doktor pakar itu.
Raja Faisal mengarahkan sampel air dihantar di makmal Eropah dan mereka mengkajinya secara saintifik. Dapatannya, air itu disahkan mempunyai tinggi mineral dan paling bagus untuk kesihatan. Mereka kemudiannya mengkaji pula tentang telaga air Zam-zam. kesemua telaga lain di sekitar kaabah dikeringkan. Tetapi telaga air Zam-zam tidak dapat dikeringkan. Pelik, dari mana datangnya sumber air itu? Namun, kuasa ALLAH, ada kejadian tidak dapat dibuktikan dengan kajian akal pemikiran. telaga Air Zam-zam adalah satu kejadian pelik (kebesaranALLAH) yang tidak perlu disangkal lagi. cerita kajian itu boleh dibaca di sini.
Jadi, penapis air RO tu tak baguskah?
Bagus juga. Ia adalah air tulen yang boleh digunakan tubuh agar tubuh tidak terhidrat.
ia juga digunakan dalam makmal untuk ujikaji sains. Ia juga digunakan untuk mencairkan dadah perubatan dan bahan ubatan. Air RO digunakan untuk membersihkan peralatan perubatan kerana ia air yang tulen. Air yang mengandungi mineral tak sesuai digunakan dalam makmal kerana kandungan mineralnya mengganggu kajian saintifik. jadi, mereka perlukan air yang benar-benar air kosong (air mati). Air RO bagus digunakan untuk kegunaan luaran seperti untuk membersihkan diri dan sebagainya.
Namun, perlu diketahui, air kosong (air mati, air tulin atau air RO) jika digunakan untuk minuman, ia boleh menyerap pula mineral dalam tubuh kita semasa proses penghidratan berlaku dalam tubuh menyebabkan tubuh menyimpan lebihan air dalam tubuh. (oo sebab itulah ada orang yang berat badannya tinggi kerana air banyak bertakung dalam badan!).
Namun begitu, air biasa bahayakah?
Ya, air biasa (air paip) agak tidak selamat berbanding air RO. kalau nak minum juga, masaklah terlebih dahulu. Masak adalah satu cara membunuh kuman tetapi karat paip masih ada dalam air. Air RO walaupun agak asidik PHnya (kerana ia menyerap karbon dioksid yang terdapat dalam udara) tetapi ia air tulen. Air tidak terawat (tidakbertapis) mempunyai kandungan bahan cemar seperti bakteria, enap cemar, logam berat dan sebagainya adalah lebih bahaya. Jadi, setiap rumah perlukan penapis air tidak kiralah apa jenama asalkan bahan enapan yang sangat bahaya ditapis sedikit sekurang-kurangnya.
Penapis air manakah yang paling bagus?
Air yang ada kandungan mineral (spt air zam-zam, air sungai punca air, air perigi bersih dan sumber mata air bawah tanah)
Ok, sebelum menentukan penapis air yang bagus untuk air minuman, saya mahu bertanya soalan: Adakah anda dapat bekalan mencukupi ke dalam rumah anda untuk mendapatkan bekalan air mineral?
Air paip yang dibekalkan ke rumah-rumah kita sebenarnya bagus. Cuma ia tercemar dengan bakteria, kotoran, bahan enapan logam berat... jadi, untuk membersihkan ia, digunakan klorin. Klorin berlebihan amat bahaya. Jadi, kita memerlukan penapis air yang boleh menapis bahan-bahan enap yang tidak diperlukan itu.
Ada penapis air yang dapat menapis dan mempunyai filter berion, ada yang dapat menapis kotoran dengan filter tanah liat (menapis bakteria cacing pita yg terdapat pada babi dan anjing).
harganya RM3200. Harga ahli saya terlupa dahhhh. Kalau nak, bolehlah saya bg harga ahli. |
Penapis air mana yang saya gunakan?
Setelah saya membaca dan membandingkan dengan penapis air sedia adaa di pasaran, saya memilih penapis Rx water. Saya tidak giat mempromosi penapis ini. tetapi hari ini, oleh kerana semalam telah datang orang yang menggesa penapis air rx water saya ditukarkan dengan mesin penapis RO, saya pun membuat penyelidikan mini ini semula. Dan, kini, saya merasa lega dengan pilihan saya.
Nah, bacalah sendiri tentang mesin air ini!
Kini,saya menemui satu lagi Filter air seumpama yang di atas, namanya Prolife Water Filter. Yang ini lagiiii la murah. Ya sangatlah murah.
Saya ini bukanlah pakar. Saya menerima semuanya fakta, dan mencari jawapan sebelum menolak dakwaan yang tidak benar.
beginilah karat dan kotoran dalam air paip yang melekat pada salah satu penapis air rumah kita. |
Prolife dari Forever. Harganya lebih rendah daripada pasaran. |