Mahu Kurus?
ada beberapa peraturan yang perlu kita perlu patuhi jika mahu kurus secara sihat. Inilah tips untuk kurus tanpa ubat-ubatan!
1. Jangan Berlapar
Jika lapar, tubuh akan mula membakar muscle. maka, kadar metabolisme menjadi rendah. lagi satu, apabila kita menahan lapar, kita akan makan lebih banyak. Pada masa ini, kadar metabolisme telah menurun, walaupun anda mengambil makanan pada tahap biasa, pembakarannya tetap perlahan. Oleh sebab itulah berat tubuh akan bertambah disebabkan lambakan lemak.
ada beberapa peraturan yang perlu kita perlu patuhi jika mahu kurus secara sihat. Inilah tips untuk kurus tanpa ubat-ubatan!
1. Jangan Berlapar
Jika lapar, tubuh akan mula membakar muscle. maka, kadar metabolisme menjadi rendah. lagi satu, apabila kita menahan lapar, kita akan makan lebih banyak. Pada masa ini, kadar metabolisme telah menurun, walaupun anda mengambil makanan pada tahap biasa, pembakarannya tetap perlahan. Oleh sebab itulah berat tubuh akan bertambah disebabkan lambakan lemak.
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM
MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum
makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui
otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid
HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum air
Minum mencukupi 8 gelas
atau lebeh bagi membantu metabolisme badan. Malahan air mengurangkan
selera makan setelah ruang perut diambil oleh air.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula
dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Kurangkan pengambilan
garam.
Garam menggalakkan
penakungan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan
pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil
sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang
mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras
gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makan secara
perlahan.
Rasulullah saw pernah
menyarankan agar kita kunyah makanan sekurang-kurangnya 14 kali sebelum
menelan. ini memastikan zat makanan diserap dengan baik. Apabila
makan secara perlahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil
sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Makan secara kerap dan
sedikit
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan
ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau
berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan
lemak seperti majerin, butter dalam makanan.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah
air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran
lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Makan banyak
buah-buahan dan sayur-sayuran
14. Tidak perlu timbang berat badan anda setiap
hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan
waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan
berputus asa untuk berdiet
15. ambil makanan berempah
kerana ia membakar kalori. Lada hitam meningkatkan proses penghadaman dan
pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam
Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran
dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin,
mineral dan sedikit lemak.
17. Tulis atau catat dalam
diari. ini digunakan untuk memperbaiki tabiat pemakanan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat
badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada
untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk
memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Pilih cara masak
makanan merebus, memanggang dan mengukus.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring
yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring,
kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya
sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan
di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program
tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. berjalan selepas makan.
setiap 25 langkah = 1 kalori. berjalanlah secara santai.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu
diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak
berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan
sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika
memang benar-benar memerlukannya.
23. Kurangkan pengambilan
gula.setiap sudu mengandungi 32 kalori.
24. Buatlah beberapa aktiviti fizikal yang mudah
untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa
dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika
terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan
menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang
dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi
otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan
peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi
dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."
25. Ambil snek yang sihat seperti kismis, kekacang badam, walnut
dan kuaci matahari
26. Bantulah diri anda yang
mahu kurus dengan makanan tambahan yang menyokong usaha pengurusan badan.
*Produk makanan tambahan
untuk kurus tidak semestinya mahal. Anda perlu mengetahui keperluan anda
dan pilih sahaja mengikut kemampuan anda. Jika boleh saya sarankan ,
minumlah 30ml minuman aloe vera, ambillah articsea. Gabungan dua produk
ini bakal memberikan hasil yang sangat hebat.