Macam-macamlah, serba tidak kena.
Yang badan gemuk nak kurus. Yang kurus nak gemuk pula. Hehehehe
Yang gemuk nak kurus tu dah ramai. Kita macam tak sedar ada juga orang yang hendak gemuk. Ok, bukan nak gemuk, tetapi nak berisi sedikit. Sebabnya nak nampakkan dia sihat. Memang ada individu yang terlalu kecut (opps maaf, terlalu kecil) tubuhnya sampaikan dia perlukan span (opss silap lagi... bukan span, tp isi).
Makan dah banyak, tapi tak juga naik tubuh tu. Mengapa ye?
ada dua sebab utama
pertama, kadar metabolisma yang tinggi. makanan yang diambil ditukarkan oleh tubuh menjadi tenaga dengan cepat. Contohnya, ada individu yang bekerja dalam bilik berhawa dingin yang sangat sejuk. Individu begini perlukan tenaga berlebihan untuk pembakaran lemak untuk mengurangkan kadar otot dan sendi menggigil. Jadi, tubuh orang sebegini menjadi bermetabolisma tinggi secara semula jadi. Apabila dia mengambil makanan, smua makanannya ditukarkan dalam bentuk tenaga sebelum sempat berlakunya penyerapan nutrisi.
sebab kedua, dah memang individu terkurus itu mengambil hanya seddiit makanan. Sebabnya, kantung perutnya kecil cuma. kantung yang kecut, tidak mengembang seperti biasa dan saiznya tidak dapat menampung makanan yang banyak. Individu jenis ini akan cepat terasa kenyang apabila makan. Jadi, dia tidak dapat kalori mencukupi utk tubuhnya. Sepatutnya kita perlu mengambil makanan dalam jumlah kalori yang tertentu. Dengan pengambilan makanan yang tidak mencukupi, makanan yang diambil, dipenuhi dahulu untuk tujuan pembakaran kalori, maka nutrien yang tinggal juga tidak mencukupi untuk pembinaan tubuh.
Kasihan ya orang yang begini, masalahnya juga banyak...
Pertama, golongan ini terdedah kepada masalah tekanan darah rendah.
kedua, mereka juga terdedah dengan masalah osteoporosis atau pereputan tulang. Yelah tinggal tulang je, tulang pon tak kuat. Ok, disebabkan kekurangan penyerapan nutrien, tulang-tulang tidak mendapat kalsium yang cukup. Apabila kalsium kurang, tulang mudah reput. Jangan terkejut mereka ini selalu saja patah sana sini atau sikit-sikit terkehel.
Ketiga, Mereka yang kurang makan sudah tentulah cepat lesu. Nampakpun lesu. Kerja sikit dah tak larat. (tapi orang yang metaboisma tinggi lain halnya... mereka mmg kuat. kuat tapi nampak lesu juga sebab kehilangan nutrien untuk pembakaran kalori) huhuhuu
Keempat, masalah kolestrol yang tinggi.
wow! kurus ada kolestrol? Ya, disebabkan orang yang kurus ini fikir dia kurang lemak, mereka cenderung mengambil makanan berlemak seperti makanan segera, makanan proses semula dan seumpamanya... ini menyebabkan kadar penyimpanan lemak tinggi.
Nutrisi lemak tidak dapat diserap dengan cepat oleh tubuh walaupun ia seorang yang bermetabolisme tinggi. tubuh orang yang bermetabolisme tinggi mengambil nutrien makanan yang mudah terura dahulu seperti vitamin dan mineral. Lemak pula tersimpan tidak digunakan tubuh. Sebab itulah kadang-kadang orang kurus, kolestrolnya lebih tinggi berbanding orang bertubuh biasa. Apa yang lebih bahaya, kolestrol ini menyumbat salur darah. Kolestrol juga boleh berkumpul pada jantung, hati dan organ penting. Apabila penyumbatan berlaku, berlakulah serangan jantung, strok dan sebagainya. Pembunuh senyap! Sungguh mengerikan.
Kelima, masalah kurang daya tahan. disebabkan penyerapan nutrien lemah, maka penghasilan antibodi bagi melawan virus dan antigen itu menjadi rendah. Sebab itulah mereka yang terlalu kurus ini jika sakit, lambat pulihnya. So, jangan sampai jatuh sakit ye...
Keenam, masalah kesuburan. Ya. secara kasarnya, udah kurang zat makanan, bagaimana nak tempatkan nutrien untuk orang baru? Jadi, buatlah sesuatu agar masalah kurus dan kurang nutrien itu dapat diatasi.
ketujuh, masalah rambut gugur. Ya, boleh jadilah masalah ini berlaku. Sebabnya rambut tidak cukup nutrien. Bukan sahaja rambut, kuku juga jadi nipis. Kulit juga jadi lesu, kering dan kendur. Ah, macam-macamlah masalah orang bertubuh kurus ni kan...
Bagaimana nak atasi ye...
1. Ambillah makanan tambahan. Ok, pilihlah aloevera FLP. Ia dapat mencuci usus daripada kekotoran yang melekat di usus selama ini. Apabila usus bersih, ia membantu penyerapan nutrisi penting ke seluruh tubuh. Makanan yang anda makan akan dimanfaatkan oleh tubuh. yeah, jangan telan racun udahlerrr...
2. Ambil omega 3. Ia dapat mencuci salur darah dengan mencairkan kolestrol, mencuci salur darah serta meningkatkan kelancaran perjalanan darah. Apabila salur darah bersih, perjalanannya ke seluruh tubuh lancar. oksigen juga dapat dijana dengan baik. oksigen cukup, kita akan cergas. tubuh akan lebih cergas.
3. Ambil susu. Pilihlah susu yang boleh memberi tenaga yang mencukupi atau boleh manggantikan makanan jika kita tak sempat makan.
Ok, kepada individu yang dah cuba macam-macam... cubalah pula FLP. Mungkin selama ini, makan apa pon tak 'jalan' ... sebabnya, ada masalah dengan usus berkeladak.... maka, laoeveragel ini akan membersihkan keladak usus anda. Bagai orang nak bagi rumah cantik, tangok ada banyak kotor sana sini dekat dalam rumah, pastu masukkan perabot mahal, cat cantik-cantik... tapi... rumah tetap tak berseri sebab masih ada kekotoran sana sini. Apa yang penting, kita perlu lakukan langkah yang utama (bersihkan usus), sebelum melakukan perkara yang penting (ambil makanan tambahan yang berkualiti dan berkesan).