Dah ramai kawan kakchah, pelanggan yang ambil produk Foreverliving. Kebanyakkannya mengambil dengan cara yang disarankan (ada juga yang ambil ter'miss' tetapi secara amnya memang semuanya menunjukkan tanda yang baik. Mereka berpuas hati dan gembira. 100% tau.
Maslinda, pekerja tetap badan berkanun di Kota Bharu.
no Telefon 0199899141
Maslinda ni paling banyak bertanya. Kakchah asyik terima wasap dari beliau. Tak cukup wasap, beliau telefon kakchah jika nak tahu. Rajin sungguh dia nak tahu itu ini. Walaupun kakchah sibuk, kakchah suka dengan Mas ni. Beliau seorang yang terbuka minda, positif dan rasional. Kata Mas, lututnya sakit sampai sukar nak bergerak. Nak duduk bangun solat memang tersiksa. Mas dah jenuh ambil macam-macam produk. Semua produk yang diambil memang bagus. Memang berkualiti. Tetapi masalah Mas belum reda. Kalau dapat, sakit lututnya hilang pun dah cukup bersyukur. Dah macam-macamlah ikhtiar Mas termasuklah pergi berurut. Eh, ada pernah akupuntur ke Mas? Akhirnya, Mas mencari jawapan bagi membantu masalahnya itu dan bertemulah dengan Kakchah...
Masih baru lagi kan... |
Setelah mendapat penjelasan serba sedikit, Mas mengambil aloevera gel dan articsea sebagai permulaan.
Fokus kakchah untuk redakan sakit lututnya. kakchah cuma berharap... Allah juga yang menentukan.
Kemudian, hari itu...
Mas memberitahu berita gembira. Lututnya terasa ringan sikit walaupun Mas kurang minum air kosong. Kakchah dah sarankan Mas minum air banyak-banyak. Mas ikut saranan kakchah. InsyaALLAH selepas ini kesihatan Mas bertambah baik. harapnya cergas bertenaga serta nampak cantik selepas ini. Tubuh sihat akan menjadikan kita sihat. kalau kita mencari cantik, kita hanya dapat cantik tanpa sihat. Tetapi, kalau kita memilih untuk sihat, kita dapat kedua-duanya. Jadi, apa pilihan anda?
Baru sekejap tadi Mas telefon kakchah. Beliau bagitahu yang bos dan kawan di pejabatnya juga mengambil produk FLP. Malahan bos Mas baru dua bulan ambil produk Foreverliving dah turun berat badan sampai seluar lama pun sudah tidak muat kerana terlalu longgar. Hm... itu sajalah keburukan FLP ni... orang ambil produk dia kena beli baju baru banyak-banyak sebab baju lama tak padan lagi. hehehehehe