Kita sedia maklum yang kebanyakan makanan kita mempunyai bahan kimia. Pengambilan makanan yang mempuyai bahan kimia tinggi mendatangkan kesan negatif kepada tubuh. Bahan inilah yang menjadikan badan kita bertoksin dan menggalakkan ppertumbuhan sel-sel kanser. Tindakannya bagaikan enjin pemusnah secara berperingkat. walaupun ia tidaklah membunuh kita secara serentak tetapi, akhir-akhir ini kita dapati berbagai penyakit yang ujud.
Ok, Kakchah akan senaraikan MAKANAN KEGEMARAN KITA yang mengandungi bahan kimia bahaya...
Natrium nitrat/natrium nitrit (NaNO3) terhasil daripada sebatian garam dan nitrogen. Atau disebut juga sebagai sodium nitrat. Ia adalah garam yang digunakan bertujuan mengawet makanan. Ia memang boleh meningkatkan risiko kanser.
Jika anda nak tahu, bahan peledak dan bahan bakar padat roket juga terdiri daripada bahan utama Natrium Nitrat. Hm... bayangkan bagaimana ia menjadi peledak kanser dalam badan kita?
2. Mi Segera
|
|
Hm sedapkan mi segera. Dimasak panas-panas, fuh...! memang sangat sedap dimakan ketika lapar atau hari hujan. Sesekali bolehlah. Jangan main-main ye, ada orang meninggal dunia kerana hari-hari makan mi segera. Rupa-rupanya mi segera ni ada banyak bahan kimia beb!
inilah antara bahan kimia bahaya yang terdapat dalam mi segera. |
Jadi, setelah mengetahui bahan yang terdapat dalam mi segera, adakah anda masih berminat nak ambil mi segera sekerap dulu? Tepuk perut tanyalah selera. Ketuk kepala tanyalah akal. Tepuk dada tanyalah iman...
3. kuih muih yang ada pewarna makanan
|
|
juga pewarna makanan |
bahayanya pewarna makanan ini ialah ia meracuni hati dan mengganggu fungsi hati. Rhodamin B iaitu salah satu pewarna sintetik yang berbentuk kristal bewarna hijau atau serbuk ungu kemerahan menghasilkan warna merah kebiruan florensi. Ia sangat mudah larut. pewarna ini walaupun bahaya tetap dijual sebagai pewarna basah dalam makanan tradisonal kita kerana harganya lebih murah. malahan kadang-kadang digunakan juga dalam minuman. Jika bahan pewarna ini terkena pada kulit akan terasa gatal-gatal. Jika banyak... akan menimbulkan rasa iritasi pada kerongkong.banyak lagi jaenis pewarna makanan yang selalu digunakan dalam makanan terutamanya dalam industri. anda boleh membacanya di web ini.
Apabila hati iaitu organ dalaman terbesar ini diracun, ia akan menyebabkan penyakit bahaya antara lainnya seperti hepatetis B, pembekuan darah, dan gejala lainnya seperti demam kuning, ruam-ruam, alergik dan banyak lagi. Sebenarnya hati melakukan banyak tugasan untuk tubuh kita berpadanlah dengan saiznya.
4. Minuman ringan dan makanan ringan manis
Nama saja minuman ringan tetapi ia masalah berat pada kesihatan. Kebanyakan minuman ringan mempunyai pemanis tiruan seperti sakkarin, sukralosa dan aspartam. Sakkarin yang mempunyai kemanisan 200 kali ganda gula... biasa digunakan dalam pembuatan jeruk awet. Ia tidak mengandungi kalori. walaupun begitu.. ia tetap bahan kimia bahaya terhadap tubuh.
Aspartam juga mempunyai tahap kemanisan yang sama dengan sakkarin. ia juga sangat popular digunakan dalam pembuatan minuman ringan diet. manakala sukralosa mempunyai tahap kemanisan 600 kali gula. ia terhasil daripada gula biasa namun ia menjalani proses kimia berbeza untuk membentuk gula komplek ini. gula ini dipersetujui dalam industri makanan kerana ia adalah bahan kimia yang stabil dan tidak rosak dalam suhu yang tinggi.Walaupun gula ini tidak ada kalori namun ia boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan kerana dicurigai mengambangnya sel-sel kanser.
5. Ayam goreng/ nasi goreng/ mi goreng/ barbekiu...
Apabila kita menggoreng, memanggang, dan mambakar makanan... satu bahan yang disebut akrilamida akan terhasil. Apa tu? Yang hangit-hangit, garing-garing itulah! bahan ini rupa-rupanya sangat menggalakkan sel-sel kanser. Wooow... macam tak boleh elak saja. hari-haripun kita makan kena masak-masak begini mesti ada hangit garing.
6. Mi kuning dan kuayteow
penggunaa asid boric dan ezchericia coli (e-coli) digunakan untuk menyekat berlakunya aktiviti fungus atau fungsinya untuk mengawet mi agar tidak cepat berkulat. ia tidaklah begitu bahaya jika digunakan dengan kadar yang diluluskan tetapi dibimbangi ada pengusaha yang menggunakan bahan kimia ini secara berlebihan. walapun seperti tidak beracun, namun, sedikit sebanyak bahan ini terut menyumbang kepada penyerapan bahan 'bukan' perlu untuk tubuh. bahan bukan perlu ini berkumpul di hati. inilah yang memberi masalah kesihatan kepada manusia.
7. gula-gula
Semua gula-gula mnggunakan pewarna tiruan. perasa pun jenis tiruan. Yang tiru-tiru ni sebenarnya adalah bahan kimia. bahan kimia ni lama-lama meracun tubuh kita. makan sedikit tidak mengapa, jika makan banyak... seperti gula... akan timbul masalah lain seperti obesiti, penyakit kencing manis dan ADHD (masalah tingkah laku hiper) atau orang kedah cakap buas, orang KL sebut lasak.
Jika nak senaraikan memang banyaklah lagi makanan kegemaran kita. Kalau semua jenis makanan kita nak elak, tidak nikmatlah hidup ini. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat, eloklah kita bersederhana. maknanya dalam pengambilan makanan, berpada-padalah. ambillah sesekali sahaja. Tetapi kakchah nak cadangkan... buatlah pembersihan usus dan tubuh anda sesekali (boleh guna Clean9) dan detox biasa setiap hari (dengan aloevera foorever dan articsea).
Kita tak dapat elak segala jenis makanan yang ada bahan kimia, memang tidak dapat. nanti kakchah akan senaraikan pula makanan harian kita yg mgandungi bahan kimia atau racun bahaya pada tubuh. Ya, kita seperti tiada pilihan. Kita makan setiap hari. Takkan lah kita nak makan sayur yang ditanam sendiri, takkanlah kita nak tanam padi sendiri, bukan. Jadi, kita terpaksa ambil makanan tambahan yang sesuai. paling sesuai yang jenis boleh detox tubuh dan jaga usus kita. kena ingat, dari perut adalah punca segala penyakit.