Ini khasiat aloevera |
Semalam, kakchah bertemu dengan seorang ahli baru kakchah yang berusia 50-an. kakchah namakan dia sebagai kakzah. Pekerja kerajaan. Minatnya terhadap aloevera kerana kakzah pernah menjadi pengguna aloevera dulu-dulu. Keberkesanan produk aloevera memang menjadi sebutan malahan ramai yang menggila dengan produk ini. Salah satu syarikat yang hebat memasarkan aloevera ialah Aloeplus. AloePlus ni muncul macam gergasi menguasai pasaran produk-produk aloevera zaman itu. zaman rock kapak (zaman kakchah bertemu dengan suami heheheh nostalgia!) ... banyaklah syarikat lain yang memasarkan produk berasaskan aloevera turut tumbuh macam cendawan lepas hujan. setelah sekian lama, produk aloevera macam tenggelam.
Saya bertemu kakzah. Agaknya Kakzah ni pernah menjadi dealer produk aloevera. Sehingga sekarang, dia masih ingat dan tercari-cari produk aloevera terutama jus aloevera. Zaman itu, banyak produk aloevera muncul di pasaran dan mendominasi pasaran makanan kesihatan.
Zaman 90an syarikat ALoePlus sangat berkaliber. pejabat urusannya tidaklah besar di ChowKit. Sekarang ni dah tak ada. Entah di manalah ia. Mungkinkah tutup. Mungkin juga dah tukar nama syarikat lain. Macam-macam cerita kakchah dengar...Ada satu geng yang kakchah kenal ahlinya join pula syarikat produk aloevera lain. pemilik syarikat ini membuka kerana ramai ahli AloePlus kecewa dengan corak pemasaran syarikat ni membuka syarikat lain. Itu cerita angin-angin, tak tahulah apa cerita sebenar. Ada yang kata produk ni tiru produk itu... memang macam-macam hal.
Kakchah terus menggunakan produk aloevera ni dan tak pernah jadi penjual. Cuma ada la sekali dua tolong beli untuk kawan-kawan. Sebagai orang muda nak lawa macam Cinderella... Kakchah paling suka produk skincarenya. kosmetik pun ada. dari gincu, balm bibir sehinggalah bedak... lama-lama produk ni semakin kurang di pasaran. hanya ada satu booth di satu pasaraya KL yang terus menjual. kakchah membeli dengan harga biasa( tak dapat lagi harga ahli kerana membeli bukan di stokis)... stokis pun entah di mana.
Kadang-kadang kakchah beli dengan kakak senior upline kakchah tu. Barang yang bagus tetap dicari walaupun terpaksa bersusah payah. Akhirnya produk AloePlus itu lenyap dan hilang. tinggallah produk jenama lain seperti De bella, NR vera, dan dua tiga jenama yang tak begitu popular dan kemudian tenggelam.
mat salleh ni entu suka ambil alovera |
Kemudian, muncul gamat. Gamat menguasai pula pasaran. Khasiat gamat hampir sama dengan aloevera. cuma bezanya gamat dari haiwan, aloevera dari tanaman. kakchah turut menjadi pengguna produk gamat melalui produk Luxor.
ni gamat mentah terbaik yang digunakan untuk komersial. yang ni yang terlajak besar. biasanya tak segemuk ni. |
Dalam setahun ini, kakchah dapati ada satu syarikat FOREVERLIVING menjual aloevera. Oleh kerana kakchah pernah menjadi pengguna aloevera, kakchah tidak menolak untuk mencuba. cubaan kakchah ternyata mengukuhkan kepercayaan kakchah terhadap aloevera seperti lebih 20 tahun yang lalu. syarikat ini dah menapak lama di Malaysia. dah lebih daripada 20 tahun. tetapi, serius, kakchah tak pernah dengar sebelum ini. tetapi... kakchah perasan yang lambangnya seperti sama dengan ALOEPLUS. adakah FOREVERLIVING ni sebenarnya...? ya, ada kaitankah?
aloevera yang diterbit FOREVERLIVING adalah jenis barbedensis. Ia mempunyai khasiat yang bermutu tinggi dan isinya banyak. |
Setelah menjadi pengguna tetap aloe selama beberapa bulan, dalam dua bulan kebelakangan ini kakchah yakin mempromosikan kepada orang lain. Ada pengguna yang bertanya, mana hebat aloevera atau gamat. bagi kakchah, dua-dua ada kelebihan. dua-dua bagus dan berkhasiat. Mungkin ada pengguna alergi dengan seafood tak dapat menerima khasiat hebat gamat. tetapi rasanya tiada seorangpun yang tidak boleh makan tumbuhan. Aloevera adalah tumbuhan asli yang mempunyai khasiat besar. Ia mempunyai serat yang tinggi dan mengandungi mneral dan pelbagai vitamin. ya, ia digelar superfood kerana dapat memberi kekenyangan segera kepada peminumnya. ia juga produk untuk sesiapa yang berhasrat mahu mengawal berat badan serta menurunkan berat badan. Malahan ia adalah satu produk wajib untuk semua kerana sifatnya sebagai pembersih usus. dalam makna lain, ia detox untuk tubuh kita.
Mungkinkah Foreverliving ada kaitan dengan AloePlus? harap ada yang boleh bagi info yang betul untuk ini. |
bertemu dengan kakzah semalam, mengingatkan kakchah dengan kehebatan produk-produk aloevera suatu ketika dahulu. Kakchah memang sudah berkenan lama. Kini terus kakchah pegang dan amalkannya.
Jadi, nostalgia 90an dulu kini menjadi nyata kembali di depan mata kakchah.
PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK
KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner