Alam semulajadi telah mengurniakan banyak faedah kepada manusia antaranya adalah bawang putih, apotek (Apothecaries) dan doktor zaman dahulu telah mengenal faedah-faedah ini. Untuk permulaan, mereka menggunakan bawang putih sebagai agen antiseptik, ekstraknya telah dimasukkan ke dalam losyen dan ubat yang digunakan untuk merawat luka kecederaan. Bawang putih juga digunakan dalam rawatan penyakit berkaitan jantung dan darah. Ekstraknya dicampur dalam antimoni dan mentega ianya digunakan keatas kulit kepala untuk menggalak pertumbuhan rambut baru.
Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan ubatan dalam banyak kebudayaan sejak beribu-ribu tahun lalu, menurut kajian awal ianya semenjak zaman piramid Giza dibina. Bawang putih masih dicucuk tanam di Mesir, jenis Syria antara yang paling digemari.
Pada tahun 2007, BBC melaporkan Allium sativum mempunyai sifat-sifat lain yang berfaedah, seperti mencegah dan memerangi selesema biasa. Dakwaan ini mempunyai sokongan tradisi turun temurun dalam perubatan herba, yang telah menggunakan bawang putih untuk serak dan batuk. Kaum Cherokee juga mengunakannya untuk melegakan dada dan paru-paru (expectorant ) untuk batuk dan tekak (croup).
Bawang putih juga dikatakan mampu membantu mengawal tahap gula dalam darah. Penggunaan terapeutik ekstrak bawang putih tua secara teratur dan berpanjangan menurunkan paras homocysteine darah dan menunjukkan pencegahan sesetengah komplikasi diabetes mellitus. Mereka yang mengambil insulin tidak harus mengambil ubatan bawang putih tanpa berunding dengan doktor terlebih dahulu.
Penyelidikan sains moden keatas bawang putih telah menyataan bahawa ia memiliki manafaat besar dari segi mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung salah satu kajian mendapati bahawa terdapat bahan kimia utama tertentu yang ditemui dalam bawang putih bagi menurunkan tekanan darah dan seterusnya menyediakan jantung, arteri dan vena ruang keselesaan.
Flavonoid yang ditemui dalam bawang putih dapat membantu menguatkan dinding dan injap jantung dan seterusnya melindungi jantung daripada penyakit-penyakit dan membantu melawan penyakit sedia ada. Bawang putih juga telah diketahui menghasilkan bahan kimia tertentu untuk membantu menurunkan tahap kolesterol LDL dan membantu mencapai tahap kolesterol HDL yang tinggi, seterusnya membantu seseorang untuk mengurangkan kandungan kolesterol darah di dalam badan.
Bawang putih mampu melambatkan proses penuaan tetapi bukan menghentikan proses penuaan atau memulihkan masa muda menurut Dr Yong xiang Zhang dari Universiti Tokyo, Jepun.
Bawang putih juga mampu melambatkan dan megurangkan pertumbuhan sel kanser maka risiko terkena kanser dapat dikurangkan ianya juga mampu menurunkan kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin menurut sukatan tertentu.
Ajoene antara zat anti-kolesterol dalam bawang putih mampu untuk mencegah penggumpalan darah dan menghalang pertumbuhan bakteria ia banyak digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis berpendapat, bawang putih dapat membantu meredakan kegelisahan, rasa cemas dan tekanan perasaan. Beliau menemui bahawa bawang putih membantu melepaskan serotonin, sejenis bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan keadaan hati (perasaan) dan tingkah laku termasuk rasa cemas, murung, rasa sakit, agresif, stress, kurang tidur dan ingatan. Kadar serotonin yang tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai ubat penenang yang mententeramkan, memudahkan tidur, dan meringankan kemurungan dan bawang putih mampu menormalkan sistem serotonin tersebut.
Kami di Forever Living telah menyediakan produk Bawang putih yang telah di proses secara rapi dan memenuhi kehendak pengguna. Anda yang ingin mendapatkan kelebihan dan kebaikan khasiat dari bawang putih kini boleh mendapatkanya dari Forver Living yang telah di proses secara semulajadi dengan nama produk FOREVER GARLIC-THYME tanpa perlu anda merebus dan menggoreng lagi untuk mendapatkan khasiat perubatan kurniaan Allah s.w.t
PERHATIAN
- Pesakit Asma tidak digalakkan mengambil bawang putih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
- Bila memasak bawang putih, anda hanya mendapat manfaat bawang putih sahaja, bukan nilai aspek perubatan.
- Bawang putih tidak boleh digunakan dalam bentuk apapun sewaktu terdapat serangan penyakit di bahagian perut dan usus besar
- Pengambilan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah.
PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK
KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner