Terlalu ramai yang bertanya kakchah mengapa kulit mereka menjadi begini begitu setelah memakai produk tertentu. contohnya memakai dnars skincare... tiba-tiba ada yang mendakwa kulit menjadi merah panas dan nyeri... ada sebab kulit anda menjadi begitu...
Secara umumnya, kulit wajah ada 3 jenis.
pertama, jenis normal kering. kedua jenis normal berminyak. ketiga jenis normal kombinasi. Janis-jenis kulit ini sudah kuat dan bersedia untuk menerima apa sahaja jenis produk yang bersesuaian dengan kulit. Pabila mendapat set yang sesuai, kulit mereka akan bertambah cantik jadinya.
Kriteria
Jenis normal kering... kulit kelihatan gebu dan licin. pemakaian bedak atau pelembab tidak menjadi masalah besar padanya. Tetapi jika terlalu terdedah kepada angin dan matahari, ia akan menyebabkan tumbuhnya pigmentasi atau jeragat.
Kulit berminyak pula... kulit kelihatan sentiasa berkilat dan kadang-kadang kelihatan gelap. Pabila memakai bedak, ia mungkin akan melarikan tekstur bedak setelah dua atau tiga jam pemakaian. pabila berpeluh, kulit berminyak terasa melekit. Masalah kulit berminyak adalah apabila bedak, krim atau kekotoran atau kulit mati di atas lapisan bercampur dengan minyak kulit, lalu menyebabkan sumbatan pada liang roma. ini akan menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Kulit kombinasi pula adalah gabungan kulit berminyak dan kering. Di bahagian dahi hidung dan dagu berkilat, manakala di bahagian pipi kering. Kulit jenis ini agak leceh cara penjagaannya. Kadang-kadang memerlukan dua jenis pelembab. Tips pemakaian pelembabnya perlulah menyapu pelembab di bahagian kering, manakala di bahagian berminyak, sapuannya hendaklah seminimal yang boleh.
Manakala kulit bermasalah pula ada beberapa jenis.
Pertama, kulit berjeragat.
Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari atau kepanasan seperti memasak.
Kedua Kulit Berjerawat,
Kekotoran dan minyak bercampur dan menutup pori-pori kemudian menjadi radang.
Ketiga Kulit sensitif.
Akibat daripada pemakaian kosmetik atau set wajah yang tidak sesuai atau keracunan bahan kimia yang terlalu tinggi dari produk menyebabkan kerosakan pada sel kulit.
Walau apapun, kita perlulah berhati-hati dalam memilih produk penjagaan wajah. Wajah yang sihat sebenarnya kerana tubuh yang sihat. Kesihatan dalaman mempengaruhi kecantikan kulit kita. Kakchah amalkan meminum gel aloevera foreverliving botol kuning untuk jaga kesihatan dalaman di samping beberapa produk lain daripada syarikat yang sama. amalan menjaga kesihatan dalaman ini memberi kesan yang amat baik kepada kesihatan kulit. Bagi kakchah, pabila kulit dah sihat dan kuat, produk luaran hanya umpama aksesori tambahan.
Wajah yang nampak licin gebu dan mulus kadang-kadang hanya luaran sedangkan sel-sel kulit lapisan bawahnya bermasalah. Itu sebablah mengapa sesetangah orang mendapat masalah kulit yang teruk setelah meninggalkan seketika produk yang digunakannya sebelum ini. Walau apapun, kita perlulah merawat kulit wajah kita sebelum mengambil produk yang kita rasa bersesuaian dgn kita.
marilah bertanya kakchah jika anda ada masalah kulit. Kakchah tak begitu pandai, tetapi untuk kongsi pengalaman dan sedikit ilmu, memang boleh. Wasap je 0192830717