HARI INI kakchah ingin membuktikan yang aloevera ini bukan sahaja sekadar produk detoks yang biasa-biasa. Ia mengandungi hampir kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia juga mampu membunuh bakteria, merawat penyakit, melindungi tubuh daripada serangan penyakit, memberi tenaga dan memberi manfaat kepada sel-sel tubuh.
salah satu manfaat aloevera ialah ia memanjangkan jangka hayat sel tubuh atau dalam erti kata lain ia adalah RAHSIA AWET MUDA. Tak percaya?
percayalah...
Gambar dan temubual ini pernah disiarkan dalam newsleter Gaya Hidup FOREVER terbitan April 2012 bagi edaran Malaysia, Singapura dan Brunei |
Berikut adalah temubual wakil majalah dengan Cik Sasaki
(Temubual ini diterjemahkan seperti di bawah)
Penemuramah: Bagaimanakah anda
mengetahui Forever?
Cik Sasaki Watsuko: Saya mula mengenali
Forever apabila saya berusia 54 tahun. Itu
adalah 26 tahun dahulu. Melalui produk Forever dan diet yang
lebih baik, saya tidak pernah jatuh sakit walau sekali pun
dalam 26 tahun! [ketawa]
Penemuramah: Anda bukan sahaja
konsumer yang bersemangat tetapi
mempunyai keghairahan untuk mempromosikan produk.
Cik Sasaki: Saya bertanggungjawab
untuk memberikan respons terhadap sokongan hebat
syarikat itu kepada saya. Pada mulanya, apabila jiran saya
mengatakan bahawa saya kelihatan sangat sihat, saya berkata,
saya minum Gel Aloe Vera. Seorang doktor yang telah bersara juga
berkata ia adalah satu keperluan. Setiap jiran biasanya akan
meminta satu botol untuk dicuba. Ini adalah bagaimana promosi saya
menjadi luas.
Penemuramah: Saya faham bahawa anda
akan menghantar walau satu botol Gel Aloe Vera
dengan basikal.
Cik Sasaki: Ya [ketawa]. Berfikiran
terbuka dan terbuka kepada pengalaman baru adalah
rahsia kejayaan. Itu adalah permulaan. Kemudian saya akan
menganjurkan perjumpaan di rumah, di mana saya juga akan
mengiktiraf usaha-usaha orang lain. Upline saya, mendiang Encik Tanzi
Hisao juga memberi sokongan. Kadangkadang kehadiran begitu ramai
sehingga meliputi 2 bilik, setiap bilik bersaiz 8 tilam
tatami. Apa yang membuatkan saya begitu kagum adalah keikhlasan
Encik Tanzi. Kami semua bekerja keras dan gembira. Satu hari
salji turun lebat dan perjalanan saya dengan basikal mengambil
satu setengah jam untuk sampai ke tempat mesyuarat
perjumpaan. Senior saya, Encik Tooma Mutsuo telah menunggu saya dan
menghidangkan saya teh panas. Kami mendengar cerita
bagaimana Encik Yamakata berusaha untuk memperkenalkan produk
pada mulanya. Ia adalah benar-benar memberikan inspirasi.
Saya masih dapat merasa keikhlasan dalam perniagaan ini.
Penemuramah: Apakah yang menarik anda
kepada Forever?
Cik Sasaki: Forever menerima
kehadiran kami dengan ikhlas. Saya melihat sikap
rendah hati mereka dari pelbagai tahap pin, dan merasa bahawa
syarikat ini tidak akan mengecewakan kami. Saya mempunyai kehidupan
sosial yang hebat dengan Forever. Saya terlibat dengan pelbagai
perayaan dan juga pengebumian, sama seperti sebuah
keluarga. Saya berasa cergas dan diberi penghormatan dalam hidup
saya.
Penemuramah: Sila berkongsi dengan
kami produk dan jumlah yang anda makan setiap
hari.
Cik Sasaki: Saya mengambil 200 ml
Gel Aloe Vera, 5 tablet Bee Pollen, dan 5 tablet Bee
Propolis setiap pagi dan malam. Saya juga mengambil 3 tablet
Probiotik sebaik sahaja saya bangun pagi.
Penemuramah: Sila berkongsi dengan
kami impian anda.
Cik Sasaki: Saya mempunyai banyak
impian. Melebihi segalagalanya, saya ingin meneruskan
perniagaan Forever selama yang saya boleh. Saya
menikmati masa yang hebat.
dan ini pula pengalaman cik oikawa Shisuka yang berusia 102 tahun ketika gambar dan temubual ini diambil
Penemuramah: Menakjubkan, hebat dan mengagumkan! Masih
aktif sebagai pengedar pada usia 100
tahun!
Cik Oikawa
Shisuka: Saya berasa saya
mempunyai misi - memberitahu semua orang tahu bahawa Aloe memberikan saya kecergasan.
Penemuramah: Anda dilahirkan pada
tahun 1910, dalam keadaan pergolakan,
rupanya banyak kesusahan. Bagaimana anda mengatasinya?
Cik Oikawa: Kegigihan dan minda
tidak mengerti takut membantu.
Penemuramah: Bagaimana anda mengenali
Forever?
Cik Oikawa: Pada tahun 1996 ketika
saya berumur 86 tahun, anak perempuan saya, Kiyono
Utamaro memberitahu saya bahawa mengamal pemakanan
seimbang menggalakkan kesihatan yang baik, dan mereka yang minum
Aloe menikmati kesihatan yang baik. Pada
masa itu, saya
mengalami sakit lutut dan sukar berjalan. Ia adalah akibat membawa banyak
barangan, termasuklah 30 kg kotak wain antara kedai dan bilik bawah tanah
setiap hari. Saya sedang menguruskan sebuah kedai makanan pada
usia itu.
Penemuramah: Bagaimana produk
Forever memanfaatkan anda?
Cik Oikawa: Meminum Aloe Vera
sebagai sebahagian daripada diet saya menjadikan
saya sihat. Selain mempunyai sedikit masalah pendengaran, saya
tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Apabila saya
memberitahu usia saya adalah 100 tahun, ramai yang
tidak percaya
[ketawa].
Penemuramah: Apakah produk Forever
anda makan setiap hari dan berapa jumlahnya?
Cik Oikawa: Setiap hari, saya
mengambil Gel Aloe Vera 500 ml, 10 tablet Bee Pollen dan
8 tablet Propolis (Saya akan menghancurkan tablet Bee Propolis
dan minum dengan air, atau ditambah dalam sup). Saya menyapu
Aloe Heat Lotion pada kaki saya selepas bekerja
di ladang. Walaupun
saya terlupa makan, saya tidak akan lupa untuk mengambil suplemen setiap hari.
Saya menghidapi diabetes
selama 10 tahun dan bergantung pada ubat-ubatan. Saya suka makanan yang
manis, jadi adalah biasa bacaan tahap glukosa darah saya
berada dalam lingkungan 10 hingga 12 mmol/L. Keadaan ini berterusan
sehinggalah pelajar saya dalam kelas
nyanyian, iaitu Encik Lu memperkenalkan saya
supaya meminum Gel Aloe Vera
untuk kesihatan keseluruhan.
Sebulan
kemudian, saya berasa
gembira apabila bacaan tahap
glukosa darah menurun sehingga 7.6
mmol/L. Saya akan terus meminum
Gel AloeVera. Tahap tekanan
darah saya juga berada pada tahap normal
sekarang.
Demikianlah bukti aloevera bukan sahaja merawat penyakit tetapi juga dapat mengekalkan awet muda pengamalnya. Bukan saja manusia yang dapat manfaatnya, tetapi juga kucing. Hmm kakchah pun ada bagi kucing2 kakchah aloevera.
Tuan kepada kucing Spike menyediakan minuman aloevera buat Spike |
walaupun berusia 31 tahun, Spike masih kjelihatan comel. hebat kucing ini. |