Adakah anda bimbang kelihatan lebih tua berbanding umur anda?
Dengan penuaan, sel kulit membahagi dengan lebih lambat, dan lapisan dalam kulit (dermis) mula menipis. Rangkaian elastin dan serabut kolagen yang menyokong lapisan luar kulit menjadi kurang padat, menyebabkan kedut dan garisan halus mula kelihatan. (Elastin membolehkan kulit anda meregang, dan kolagen berfungsi sebagai simen untuk memberi struktur dan kekuatan kulit). Penuaan menyebabkan kulit kehilangan keanjalan, kurang mampu mengekalkan kelembapan, kelenjar minyak kurang efisien dan kulit lambat sembuh.Untuk memiliki kulit yang benar-benar sihat dari dalam, anda mestilah memikirkan apa yang anda makan.
Dengan penuaan, sel kulit membahagi dengan lebih lambat, dan lapisan dalam kulit (dermis) mula menipis. Rangkaian elastin dan serabut kolagen yang menyokong lapisan luar kulit menjadi kurang padat, menyebabkan kedut dan garisan halus mula kelihatan. (Elastin membolehkan kulit anda meregang, dan kolagen berfungsi sebagai simen untuk memberi struktur dan kekuatan kulit). Penuaan menyebabkan kulit kehilangan keanjalan, kurang mampu mengekalkan kelembapan, kelenjar minyak kurang efisien dan kulit lambat sembuh.Untuk memiliki kulit yang benar-benar sihat dari dalam, anda mestilah memikirkan apa yang anda makan.
Kulit yang cantik adalah hasil badan yang sihat. Untuk menikmati kesihatan yang baik, anda perlu menjaga keperluan gaya hidup, termasuklah keperluan pemakanan. Adalah tidak terlalu awal atau lambat untuk menjaga kulit anda dengan baik.
Berusia 20-an
Ini adalah dekad yang paling penting untuk kulit anda. Cara anda menjaganya pada usia ini akan menentukan bagaimana keadaan kulit anda pada sepanjang hayat. Oleh kerana kulit anda pada usia ini adalah paling sihat, dengan sokongan kolagen yang kuat, kulit anda kelihatan anjal. Apa sahaja kerosakan isebabkan sinaran matahari, ia masih belum kelihatan.
Aduan nombor satu bagi wanita dalam lingkungan 20-an adalah jerawat, dan kebanyakannya boleh dielakkan. Kebanyakan wanita 20-an mengalami jerawat adalah disebabkan oleh penggunaan produk yang menyebabkan kulit semakin kering, dan mengakibatkan kelenjar minyak aktif, justeru menyebabkan jerawat. Perubahan hormon juga menyebabkan kelenjar minyak terlalu aktif.
Berusia 30-an
Walaupun anda menjaga kulit anda dengan baik, anda mungkin mula mendapati garis halus
dan kedut muncul khasnya di sekitar mata dan bibir. Kulit menjadi lebih nipis dan kolagen makin berkurangan.
Penggantian sel semakin lambat, menjadikan kulit anda kelihatan kusam.
Berusia 40-an
Anda mula mendapati kerosakan sinaran matahari muncul dalam bentuk tompok-tompok warna tidak sekata dan bintik merah. Kulit anda kehilangan kolagen dan keanjalan, dan kelembapan semakin berkurangan. Oleh kerana kulit anda tidak mencerminkan cahaya sekata, kulit anda kelihatan tidak berseri.
Berusia 50-an dan selepasnya
Adalah tidak terlalu lambat untuk mencegah kerosakan sinaran matahari dan menghentikan perkembangan kerosakan yang mungkin anda alami. Penggantian sel adalah lambat; perubahan paling ketara yang anda akan perasan adalah kekeringan dan kehilangan keanjalan. Urat mula timbul (‘spider
veins’) dan pigmentasi (tompok usia), tompok kerosakan matahari mungkin muncul. Menopaus boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit, termasuklah kekeringan yang melampau dan jerawat. Apabila anda mencapai usia 60-an dan 70-an, kesemua isu yang muncul dalam umur 50-an menjadi lebih ekstrem.
Suplemen Nutrisi bagi Usia Berlainan
Berusia 20-an dan 30-an
Aloe Berry Nectar Kulit yang sihat datangnya dari sistem pencernaan yang sihat. Aloe Vera mengandungi saponins, yang boleh membantu membersihkan usus kecil , sementara serabut larut dan tidak larut air boleh membantu dalam pergerakan usus besar dan melancarkan pembuangan najis. Aloe Berry Nectar boleh membantu dalam mengimbangkan sistem hormon badan dan mengurangkan jangkitan
saluran kencing.
Forever Lite Ultra with Aminotein (Vanilla/Chocolate)
Asid amino adalah blok binaan bagi membina badan dan untuk kulit yang sihat juga. Forever Lite Ultra membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membantu dalam penghasilan kolagen, pembaikpulihan dan pertumbuhan sel-sel.
Forever Royal Jelly
Tekanan dan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan akne. Jeli Raja mengandungi fitohormon yang boleh membantu dalam mengawalatur hormon tubuh, dan kulit anda akan menjadi lebih baik.
Forever Absorbent-C
Vitamin C adalah sejenis vitamin antioksidan yang kuat yang boleh membantu dalam
mengurangkan kerosakan radikal bebas, akibat pendedahan cahaya matahari atau pencemaran. Radikal bebas boleh menyebabkan struktur kolagen dan elastin lemah seterusnya menyebabkan terjadinya kedut dan gejala-gejala penuaan pramatang. Vitamin C juga boleh membantu dalam mengiatkan penghasilan kolagen.
Berusia 40-an dan selanjutnya
Selain daripada produk di atas, adalah penting untuk menambah beberapa produk apabila anda mencapai 40 tahun ke atas. (Kami mendapati semakin ramai konsumer menambah dua produk di bawah dalam penjagaan kesihatan mereka ketika mereka berusia 30-an, yang merupakan tabiat yang baik)
Forever Active HA
Apabila usia kita semakin tua, kebolehan kulit untuk menghasilkan asid hialuronik (HA) berkurangan dan ini menyebabkan kulit menjadi lebih kering, menipis dan kemunculan garis-garis halus
dan kedut. Forever Active HA boleh membantu kulit mengekalkan kelembapan dan meningkatkan kelembapan sel kulit – dari dalam ke luar - menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin dan anjal.
Forever Arctic-Sea
Kulit yang kering, meradang atau sering kali terjadinya bintik hitam atau bintik putih, boleh mendapat manfaat daripada suplemen asid lemak perlu, khasnya omega-3. Asid lemak perlu boleh membantu dalam penyembuhan kulit, mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.