Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-
1. Susu dengan ikan
2. Cuka dengan susu
3. Buah-buahan dengan susu
4. Daun salad dengan ikan
5. Bawang putih dengan bawang merah
(jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dengan daging kering
7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
8. Cuka dengan nasi
9. Buah delima dengan serunding
10. Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia
Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.
Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. Rezeki yang baik-baik pula semestinya halal kerana setiap yang haram dan dilarang oleh Allah swt dan RasulNya adalah memudaratkan manusia.
Dari al Quran telah diberi panduan untuk mencari yang terbaik bagi diri kita. Rasulullah saw juga amat tegas tentang soal menjaga kesihatan dan keberadaan tubuh badan seperti sabda Baginda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”
Hadis Riwayat Bukhari
Menjadi Mukmin yang kuat juga adalah lebih dituntut berbanding dengan mukmin yang lemah seperti sabda Baginda saw lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Hadis Riwayat Muslim