masa ni kakchah mai putrajaya. tengok tu nampak kan jerebu dah memenuhi ruang udara |
*Begini cerita leader@kawan baik kakchah. Katanya masa tu dia pergi ke centre temerloh, sebaik sahaja masuk ke dalam centre... ada bau yang kurang menyenangkan. Setelah disiasat secara ringkas... rupa-rupanya bau itu datangnya daripada karpet basah kat dlm centre tu. Apa nak buat karpet basah berhari-hari. dah basah kering basah kering lama-lama ada bakteria kulapok semua ada. bau mestilah busuk. HAPAK kuat. Tapi orang kat dalam bilik tu terpaksalah tahan nafas. Tapi pelanggan yang datang nak beli barang mestilah tak selesa dan nak cepat-cepat keluar. elok nak beli 10 botol aloevera hanya beli 5 botol je. Leader kakchahpun nampak ada mesin penapis udara okamizu ni. Mesin ni tak dipasang pada elektrik. Terus leader tu hidupkan. Dalam masa sekejap saja... terus hilang bau tak menyenangkan itu.
Ni pulak pengalaman **suami Kakchah
**suami kakchah pi beli barang kat Forever. Dia tengok kat satu ruang tu ada member dok makan durian agak meriah. pnyalah sedap tak ajak orang hahahaha. Takpa2. Dia pun tegur, hai makan durian tak ajak. Member2 tu pon cakap... alamak sudah habis maaa. Sorri. Apalah awak semua makan durian kat sini, nanti orang mau datang beli barang bau durian.
"mana boleh bau. Kita pasang mesin okamizu penapis dan detoks udara! sekejap saja lagi, bau pergi la." kata amoi tu dengan yakinnya. Suami kakchah macam percaya tak percaya. Tapi sepanjang dia dok order barang dan macam2 urusan pendaftaran ahli siap tanya itu ini... memanglah tidak bau durian pon. Ternyata kata-kata amoi tu benar. Pastu suami kakchah pon terus oder mesin ganas tu. Ganas la sebab boleh nyahkan bau durian. Bau durian kan ganas! Ok nanti kakchah kongsikan lagi testimoni tentang mesin penapis udara ni.
Berbalik kepada kisah sesi berbekam kakchah dan pembekam tu...
Rupa-rupanya, pembekam kakchah tu cakap dia perlukan penapis udara ini. Sebabnya, kadang-kadang, dia membekam orang yang kuat bau badannya. bau tu melekat dan tertinggal terperangkap dalam bilik bekam. maklomlah bilik ada airkond. baunya terperangkap. Pernah pembekam tu terpaksa membersihkan lantai ruang bekam tu berkali-kali sebab dia baru membekam pesakit yang memakai lampin pakai buang. bau hancingnya tu terperangkap dan kekal beberapa hari.. Walaupun sudah cuci dan lap berkali2 baunya tak mau hilang. Sungguh tak selesa pelanggan yang datang berbekam di situ. Baginya, tempat bekam tu mestilah sentiasa bersih dan nyaman. Lagipon kalau bau2 kurang enak ini mengganggu keselesaan pelanggan, tentulah bisnesnya juga terjejas. Sebab itulah dia perlukan sesuatu untuk mengenyahkan segala bau dalam ruang bekam dan ruang menunggu tu.
Kakchah berjanji dengannya akan datang semula untuk membuat demontrasi okamizu si penapis dan detox udara ini kepadanya. Kalau kita cari harga di syarikat okamizu harganya memang sudah berpatutan. Tetapi dengan kakchah, harganya bukan sahaja berpatutan. Harganya sangatlah berbaloi. Siapa yang membeli mesin ni akan terus menjadi ahli vip FOREVER selama SEUMUR HIDUP. Best la jadi VIP. diskaun dapat banyak. Sebab itulah kakchah memilih untuk membeli sendiri mesin ini di Forever Malaysia.
Ada lagi beberapa orang yang kakchah kena jumpa untuk tunjukkan mesin hebat ini. Kakchah dah tempah set mesin ni. mestilah kakchah nak kena guna yang lain selain yang diguna kat rumah. Kat rumah dah ada penapis udara.
Nanti kakchah nak update pengalaman dan testimoni mesin ni ye...
Nak diskaun kan? Tunggu apa lagi, jomla hubungi kami. |