Ramai orang tahu kepentingan wanita hamil untuk menjaga makanan dan pengambilan makanan berkhasiat dan perlu ambil vitamin. Namun tak ramai yang tahu apakah nutrien yang penting dan apa kepentingan nutrien-nutrien tersebut kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.
1. ASID FOLIK
Ibu hamil perlu ambil folic acid 3 bulan sebelum mengandung. Jadi, jika anda merancang untuk mengandung, pastikan ambil folic acid 3 bulan sebelum untuk pastikan kandungan folate dalam badan mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang pada peringkat awal pembentukan janin.ibu hamil perlu ambil folic acid 3 bulan sebelum mengandung. Jadi, jika anda merancang untuk mengandung, pastikan ambil folic acid 3 bulan sebelum untuk pastikan kandungan folate dalam badan mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang pada peringkat awal pembentukan janin.
Pada peringkat awal ni, hampir semua ibu belum tahu dia mengandung, biasa selepas 4-5 minggu mengandung baru tahu. Jadi anda dah terlepas 4-5 minggu yang sangat penting, jika kandungan folate dalam badan ibu tidak mencukupi, tinggi risiko pembentukan saraf tunjang bayi tidak sempurna.
2. ZAT BESI
Zat besi sangat penting semasa mengandung. Tahu tak kenapa? Sebab semasa mengandung, permintaan untuk sel darah merah meningkat mendadak. Semakin besar kandungan, semakin tinggi permintaan untuk menambah sel darah merah ibu. Ini kerana semakin bayi membesar, placenta semakin membesar dan pertukaran oksigen dan nutrient di plasenta juga meningkat.
Zat besi adalah komponen utama dalam pembentukan sel darah merah. Sebab itu sel darah merah sangat diperlukan semasa mengandung, terutama apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Sebaiknya amalakan pengambilan zat besi ini sehingga dan selepas bersalin untuk mengekalkan sel darah merah agar kekal pada tahap normal selepas bersalin. Kita sedia maklum, semasa dan selepas bersalin, ibu kehilangan banyak darah terutama jika pembedahan terpaksa dilakukan.
3. VITAMIN C
Vitamin C juga adalah salah satu nutrient penting semasa mengandung. Ini kerana vitamin C memainkan peranan penting dalam membantu badan menyerap zat besi yang dimakan. Bukan semua zat besi dalam pil tersebut akan diserap oleh badan. Kebanyakannya akan dibuang bersama-sama najis.
Ada ibu-ibu yang bercerita bahawa najis berwarna hitam selepas makan ubat tambah darah. Sesetengah orang juga mempunyai kesukaran menyerap zat besi yang dimakan, terutama jika cara pemakanan ubat zat besi tidak betul. Maka vitamin C yang akan membantu memaksimumkan penyerapan zat besi dalam badan.
4. VITAMIN B
Vitamin B komplek ini juga sangat penting. Sesetengah ibu bukan hanya mengalami kekurangan sel darah merah kerana kekurangan zat besi atau dipanggil iron deficient anemia, ada juga ibu yang mengalami apa yang dipanggil B12 deficiency anemia. Jadi B complex juga termasuk dalam nutrient penting semasa mengandung. Namun ia adalah lebih jarang berlaku berbanding iron deficient anemia.
5. KALSIUM
Kalsium adalah salah satu nutrient terpenting semasa mengandung. Akibat mengandung, terdapat perubahan hormon pada badan wanita, mereka mungkin mengalami kekurangan kalsium akibat perubahan ini. Selain itu, kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Kekurangan kalsium pada ibu akan menyebabkan pembentukan tulang yang rapuh dan tidak normal pada bayi.
6. VITAMIN D
Vitamin D terbetuk secara semulajadi didalam badan apabila kulit mendapat sinaran cahaya matahari. Sekiranya anda bekerja didalam pejabat, kurang mendapat sinaran matahari terutama pada waktu pagi, anada berisiko mendapat kekurangan vitamin D. Vitamin D penting sebagai pembantu dalam penyerapan kalsium didalam usus. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan kalcium yang dimakan dari makanan harian dan supplement tablet kalsium tidak dapat diserap oleh badan maka ia akan menjadi pembaziran. Maka penting juga untuk mendapat sedikit cahaya matahari terutama pada waktu pagi sebelum tengah hari.
7. ZINK
Zink cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya mencukupi sekiranya anda mengambil makanan mengikut piramid makanan. Namun semasa mengandung, selera makan yang berkurangan, dicampur dengan permintaan tinggi untuk bayi, mungkin zinc juga akan berkurangan. Zinc penting untuk pembentukan sistem antibodi, pembentukan sel-sel bayi dan terlibat dalam badan menyediakan tenaga sewaktu mengandung. Jika selalu penat sewaktu mengandung, jangan lupa ambil supplement yang mengandungi zinc.
8. OMEGA 3 EPA DAN DHA
DHA dan EPA adalah rantai lemak yang tidak tepu. Ianya sangat penting dalam pembentukan otak yang sihat dan pembentukan sel-sel lain. Struktur luar sel adalah terdiri daripada rantaian lemak, jadi DHA dan EPA sangat penting semasa pembentukan sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang rosak. Ia boleh didapati dari minyak ikan, namum sekiranya diambil secara terus dari ikan laut dalam, ikan tersebut mengandungi kandungan merkuri yang agak tinggi berbanding makanan lain yang tidak sesuai sewaktu mengandung. Jadi lebih baik dapatkan ia dalam bentuk kapsul yang telah diproses.