As salam semua rakan-rakan usahawan dan juga pembaca blog kakchah, topik yang agak hangat juga ketika ini yang di bahaskan oleh berbagai lapisan pemikir dari bandar hingga ke kampung dari kedai kopi hingga ke rumah.
Jika bukan sekarang mungkin inilah pantai terakhir anda lihat
Ramai yang ketika ini tidak minat politik jadi minat plak nak tahu kehangatan politik Malaysia meskipun pengetahun masih dalam keadaan minimum atau senang cite masih belajar lagi.Kakchah tidak memihak pada mana-mana parti politik untuk bercerita tentang apa yang berlakku ketika ini tetapi terpanggil untuk membuat artikel mengenainya memandangkan situasi keadaan bumi Malaysia dan seluruh dunia yang kini terancam dengan penggunaan bahan-bahan pakai buang ini.
APA ADA PADA STRAW ?
Berbalik kepada straw yang akan diharamkan pada tahun hadapan, kita semua tahu dan faham tentang staw yang kita gunakan seharian hanya sekali guna sahaja dan pembuangan bahan ni menjadi bertimbun-timbun di dalam sampah, masalah ketika ini bahan ini di buang tanpa memikirkan kemana ianya akan berada dan kesanya kepada manusia dan dunia jika tidak di buang secara berhemah.
Lihat apa berlaku kepada hidupan laut
Daripada mana punca bahan terbuang ini? Pastinya daripada kita sebagai pengguna dan di buang oleh peniaga-peniaga yang tidak kisah pun tentang bagaiana ianya dilupuskan dan meletakan tugas dan tanggungjawab sampah tersebut kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran dan sebaginya.
Jom lihat laporan berita dunia tentang pembuangan plastic termasuk straw di US, mereka telah memulakan kempen tidak kepada straw plastik sejak July 2018 dan mengharamkan penggunaan di seluruh bandar disana.
Usaha untuk tidak menggunakan plastik dan barang berunsukan plastik pakai buang memang perlu kita bersama lakukan untuk kerbersihat sungai, bandar,kampung dan pantai-pantai peranginan di negara kita. Kebanyakan bahan-bahan ini di buang kedalah sungai dan kesanya akan berlambak di pantai-pantai seluruh dunia termasuk negara kita.
Straw adalah bahan ke-4 palaing banyak dibuang dilaut
Antara negara--negra dunia yang telah menjalankan kempen mengharamkan plastik seperti straw ini adalah
1. Kenya - Ogos 2017, sesiapa di Kenya yang didapati menggunakan, menghasilkan, atau menjual beg plastik menghadapi hukuman penjara empat tahun atau denda $ 38,000 USD
2. Vanuantu - 30 Julai 2017, hari kemerdekaannya, negara Pasifik Vanuatu mengumumkan permulaan melarang penggunaan beg plastik dan botol plastik.
3. United Kingdom - Januari 2018, UK mengumumkan pelan 25 tahun untuk "menetapkan standard emas global" untuk menghapuskan sisa plastik, menurut menteri alam sekitar Michael Gove.
4. Taiwan - Februari 2018 , Taiwan mengumumkan salah satu larangan paling keras dan popular keatas plastik di dunia dan menyekat penggunaan beg plastik tunggal, straw, perkakas, dan cawan.
5. Zimbabwe - Julai 2017, Zimbabwe mengumumkan larangan penuh pada polistirena (EPS) dan diperluas kepada bahan seperti styrofoam yang digunakan untuk bekas makanan disebabkan bahan tersebut yang memerlukan masa sejuta tahun untuk mengurai.
6. Montreal - Bandar Montreal bermula 2018 dengan mengharamkan beg plastik dan bahan guna tunggal.
7. Malibu - Pada bulan Mac 2018, majlis tempatan kota Malibu mengundi untuk mengharamkan penjualan, pengedaran, dan penggunaan bahan plastik, penyedut, dan alat pemotong plastik untuk digunakan pada 1 Jun.
Terdapat banyak lagi negara-negara besar di dunia menghentikan penggunaan staw plastik dalam kehidupan sharian mereka....anda bagaimana?
Plastik adalah satu bahan yang sangat lama untuk terurai dan memerlukan beratus tahun, kita sebagai pengguna seharusnya lebih prihatin tentang perkara tersebut dan wajib kita menjaga kebersihan persekitaran agar kita lebih di hormati dan mendapat persekitaran yang lebih sihat.
Inilah akan berlaku sekiranya semua orang masih tidak prihatin kepada masalah dunia kini yang semakin ramai dan ramai lagi yang masih berfikiran tidak peka kepada alam sekitar dan sikap tidak ambil peduli kepada keaadaan yang berlaku di seluruh dunia ketika ini. Melepaskan tanggungjawab kepada pihak-pihak lain yang sebenarnya adalah tanggungjawab kita setiap individu bagi melatih generasi yang baru bagi mementingkan kesihatan kepada seluruh masyarakat.
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
(41)
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kita lihat longgokan sampak-sampah plastik di Malaysia dan bagaimana tindakan kita seterusnya masih melihat dan berdiam diri sahaja, menunggu pengutkuasa dan majlis yang membersihkan segala sampah sarap yang kita buang
Sungai Petani
Boreno Kota Kinabalu
Persisir Pantai Indonesia
Kuala Sungai
Jangan hanya mengecam tanpa usu periksan apa yang berlaku di sekitar kita disebabkan sampah yang kita sendiri lakukan dan ianya berkaitan dengan kesihatan kita dan tempat tinggal kita dalam masa yang sama merosakan sistem ekologi alam disamping menjadi pencemaran kepada laut juga makanan kita seharian, maka tidak hiranlah banyak penyakit berlaku diseluruh dunia termasuk TB yang sudah lama pupus dan tidak berlaku lagi di Malaysia semenjak 1970an kini ianya berulang kembali.
Masih salahkan politik, majlis dan orang lain tetapi tidak kepada diri sendiri yang seharunya berubah dan mendidik generasi baru juga turut berubah kepada kehidupan yang lebih sihat tanpa perlu menjejaskan sistem alam semulajadi sekita kita.
"SYABAS KEPADA ANDA YANG SUDAH BERMULA MEMAHAMI SITUASI ALAM KETIKA INI JIKA TIDAK KITA SIAPA LAGI YANG AKAN MELAKUKANYA"