As salam dan salam bahagian kepada semua pembaca blog kakchahjelita.
Hari ni nak cite tentang harta yang semua orang ada dan semua orang akan jaga sebaik yang mungkin agar tak terlepas kepada sesiapa atau hilang begitu sahaja, betul kan...maka apa ceritanya
Begini, harta adalah yang di punyai oleh kita ketika ini, seperti
1. Benda (syarikat,rumah,handfon,kereta dan sebagainya)
2. Wang (dalam poket, simpanan, saham dan lain-lain)
3. Keluarga (Suami/isteri, anak-anak, adikberadik dan sebagainya)
3 harta diatas semua orang akan jaga dengan sebaiknya tanpa perlu disuruh dan dipaksa untuk melakukanya tetapi ada satu lagi harta yang sangat bernilai tetapi ramai yang tidak ambil peduli dan meminggirkanya selama ini sehingga berlaku sesuatu perkara kepada mereka...HARTA itu ialah kesihatan yang sebenarnya amat penting kepada kita menjaganya sehingga, kita semua di panggil pulang oleh ALLAH.
Menjaga kesihatan menjadi tanggungjawab kita semua dan sesuai dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
Firman Allah
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
(Al-Baqarah 2:57) rujuk http://www.surah.my/2#57
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil sikap membiarkannya. Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
rujuk http://www.surah.my/7#31
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
rujuk http://www.surah.my/7#31
Tanggungjawab kami adalah memberi maklumat yang diperlukan sambil kakcha juga mempunyai perniagaan berasaskan pemakanan yang sihat bagi menjana kesihatan yang sempurana sesuai dengan motto syarikat pengeluar kami #lookbetter #feelbetter
Pada dasarnya, badan kita tidak memerlukan supplement bilamana kita mengamalkan pattern pemakanan yang seimbang dan sihat. Pun begitu, terdapat beberapa kondisi yang memerlukan makanan tambahan ini diambil kerana faktor kesihatan, umur, penyakit dan sebagainya.
Sebagai contoh, pesakit yang mengalami luka yang dalam atau kebakaran yang teruk, memerlukan tambahan protein yang lebih tinggi daripada orang normal. Jikalau mereka tidak mampu mencapai keperluan melalui pemakanan biasa, maka disarankan mereka mengambil supplement protein seperti Myotein atau Whey Protein untuk menampung keperluan mereka itu.
Begitu jugalah dengan kes-kes yang lain yang berkaitan dengan pemakanan dan masalah kekurangan nutrient dan vitamin dalam badan bagi memenuhi keperluan lebih daripada orang normal.
Sebagai contoh, pesakit yang mengalami luka yang dalam atau kebakaran yang teruk, memerlukan tambahan protein yang lebih tinggi daripada orang normal. Jikalau mereka tidak mampu mencapai keperluan melalui pemakanan biasa, maka disarankan mereka mengambil supplement protein seperti Myotein atau Whey Protein untuk menampung keperluan mereka itu.
Begitu jugalah dengan kes-kes yang lain yang berkaitan dengan pemakanan dan masalah kekurangan nutrient dan vitamin dalam badan bagi memenuhi keperluan lebih daripada orang normal.