Diabetes adalah suatu penyakit dikategorikan sebagai penyakit seumur hidup ianya berlaku apabila gula dalam darah terlalu tinggi dan ini menyebabkan kerosakan pada organ lain jika tidak dirawat. Setakat 2016 terdapat menyatakan kira-kira 382 juta orang di seluruh dunia yang hidup dengan masalah diabetes, dan diabetes tahap 2 kes majoriti yang tertinggi.
Analisis menunjukkan mereka yang menghidap kencing manis iaitu glukos dalam darah berpuasa (FBG) melebihi 200 mg/dl bermanfaat daripada menjalani rawatan dengan kebaikan lidah buaya. Analisis ini dijalankan oleh penyelidik dari Pusat Perubatan David Grant USAF di Pangkalan Angkatan Udara Travis di Fairfield, CA, yang melaporkan penemuan mereka dalam The Journal of Alternative and Complementary Medicine.
Pokok aloe vera mengandungi sekurang-kurangnya 75 sebatian aktif, "ianya termasuk vitamin, enzim, mineral, anthraquinon, monosakarida, polisakarida, lignin, saponin, asid salisilat, phytosterols, dan asid amino." sesetengah sebatian ini memainkan peranan dalam mengawal peningkatkan terhadap glukosa dalam darah.
Pokok ini juga mengandungi unsur-unsur surih seperti kromium, magnesium, mangan, dan zink, yang dikenali sebagai sumber penting untuk metabolisme glukosa dengan meningkatkan keberkesanan insulin.
Analisis meta menunjukkan lidah buaya mampu menurunkan FBG sebanyak 46.6 mg/dl dan HbA1c sebanyak 1.05 dalam populasi yang dikaji.
Para penyelidik juga menyatakan "data mencadangkan bahawa pesakit yang mempunyai FBG ≥200 mg/dl ianya menunjukan manfaat yang lebih besar," dan daripada populasi ianya menyaksikan pengurangan FBG rata-rata 109.9 mg / dl.
Dalam kesimpulan mereka, para penyelidik menunjukkan beberapa batasan data dan penemuan. Sebagai contoh, terdapat ketidakkonsistenan merentasi kajian dalam perumusan lidah buaya yang digunakan, sehingga sukar untuk menentukan produk mana yang lebih efektif.
Sumber maklumat
Improvement of glucose and lipid profile status with Aloe vera in pre-diabetic subjects: a randomized controlled-trial
Samaneh Alinejad-Mofrad, Mohsen Foadoddini, Seyed Alireza Saadatjoo, and Majid Shayesteh
Published online 2015 Apr 9. doi: 10.1186/s40200-015-0137-2
Kajian ini adalah sebahagian daripada tesis yang ditaja oleh Timbalan Penyelidikan dan dilakukan di Pusat Penyelidikan Aeroosklerosis Coronary Universiti Birjand Sains Perubatan pada tahun 2013.
Kesimpulannya
Penggunaan ekstrak Aloe vera pada pesakit pra-diabetes boleh mengawal kadar glukosa dalam darah bagi tempoh empat minggu dan mengubah tahap profil lipid dalam tempoh lapan minggu. Ini boleh menjadi strategi tambahan yang menarik untuk mengurangkan tahap glukosa serum dan lipid profil.
Sumber rujukan bahan ;
Penyelidikan awal mencadangkan bahawa pengambilan jus lidah buaya dapat membantu meningkatkan kebaikan bagi tahap glukosa dalam darah dan oleh karena itu ianya bermanfaat bagi merawat pesakit kencing manis.
Aloe vera juga dikaitkan dengan:
- Mengurangkan lipid darah (lemak) pada pesakit yang mempunyai tahap yang tidak normal dalam molekul ini dalam darah (seperti sesetengah orang dengan diabetes jenis 2) dan / atau hepatitis akut (penyakit hati).
- Mengurangkan bengkak dan penyembuhan luka yang lebih cepat. Luka dan ulser kaki adalah komplikasi yang kerap berlaku kepada pesakit diabetis, dan mereka biasanya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh daripada individu yang tidak mengalami kencing manis.
Sumber rujukan info