amboih sakannya dia ni tidur. |
- pukul 11 sampai pukul 1, proses detoksikasi (pengeluaran racun) di bahagian hati.
- Pukul 1 sampai pukul 3 pagi adalah proses detoksikasi di bahagian hempedu.
- Pukul 3 sampai pukul 5 pagi adalah proses detoksikasi bahagian paru-paru.
- Pukul 5 sampai pukul 7 pagi hari adalah proses detoksikasi bahagian usus besar. Oleh itu air besar perlu dibuang di pagi hari.
- Setelah jaga, pukul 7 sampai pukul 9 pagi hari adalah proses penyerapan gizi bagi usus halus. Jadi, kita harus sarapan pagi.
Bagaimana nak dapatkan tidur yang cukup jika terpaksa tidur melebihi jam 10?
Rutin tidur saya juga memang selalu bermasalah sebelum ini. Apabila kita menghadapi masalah dengan TIDUR, maka bermulalah masalah hidup kita. Kesihatan kita berkait rapat dengan corak tidur kita. TAK PERCAYA?
semakin hari, semakin syok pula tidur atas pelapik tilam ni. hm .. zzzz |
Pernahkah anda terasa mengantuk setiap petang? Gejala mengantuk atau letih di waktu petang adalah antara sebab berlakunya keracunan di bahagian hati. Masalah ini akan menjadi buruk jika kita tidur petang. Dan menjadikan rutin tidur petang adalah satu tabiat yang sangat buruk.
Sesetengah ulama berkata...
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri."
BARU-BARU ini, saya menemui cara untuk mengatasi masalah saya. APA MASALAH SAYA?
1. saya sukar lelap jika tidur melebihi jam 12 malam
2. saya sering terjaga sepanjang malam itu
3. saya sukar terjaga apabila pagi kalau tidak dengan bantuan penggera telefon
4. saya sering mengantuk di sebelah petang
5. saya sering terasa letih dan mahu marah-marah kerana saya tertekan
SEKARANG, sudah dua minggu berlalu...
masalah 1 - 5 sudah dapat diatasi. Saya perhatikan pada 2 hari cuti ini, suami saya sudah tidak mengantuk lagi di sebelah petang. Kalau ada di rumah hujung minggu, dia pasti akan tidur. Saya tanya dia, abang tak mengantuk petang? Katanya, dia tidak mengantuk. Dia pun menggunakan tilam yang sama, cuma dia tak perasan dengan perubahannya sehinggalah saya beritahu.
Hmm... sudah jam 11 malam. tidur dulu ya...
SELAMAT MALAM!
zzzz...
zzzz..
zzzz...