ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

26 Mac 2014

TRAGEDI dan pencarian MH370

Ini adalah tulisan kakchah yang tersasar jauh dari kebiasaan kakchah menulis di blog ini.  Sama dengan MH370 yang jauh tersasar.
Ya, berbagai emosi, kecelaruan fikiran yang bermain di minda ini berhubung dengan tregedi ini.  Seperti kakchah pula yang terlibat.  Entahlah mud hari ini tak bagus sementelah kakchah tak begitu sihat selepas perjalanan agak jauh (melalui jalan darat).  walaupun tak pernah naik kapal terbang MH370, tak mengenali individu2 penumpang atau anak kapal, tak terlibat langsung dengan aktiviti apapun MH370 ini.  Saya tetap terasa yang peristiwa ini sangat misteri, pelik dan mengelirukan.  Walaupun pengumuman PM tentang penerbangan MH370 ini berakhir di lautan Hindi dikatakan berakhir sudah spekulasi lokasi MH370 berada.  Namun, ia tetap tidak habis di situ sepertimana cerita2 sebelum ini.  Cerita di sebalik Berita dan pengumuman PM tidak tamat di situ kerana ia mula menimbulkan pelbagai pelbagai persoalan.


Pertama, bagaimana ia tersasar jauh dari landasan asal?  Malahan tersasar banyak.  tersasar jauh dan berkali kali.  dan jatuhnya pula di lautan paling dalam.

lokasi MH370 berakhir

 agak mustahil kisah sebenar tragedi ini diketahui kerana pencarian kotak hitam ini bakal berdepan dengan cabaran lautan hindi.

gambar keadaan permukaan lautan Hindi yang bergelora menyukarkan pencarian MH370 termasuklah kotak hitam.


kedudukan jangkaan MH370

satelite data

perbandingan ketinggian bangunan di Malaysia dengan kedalaman zon kedalaman Lautan Hindi.  Walaupun  misi pencarian kotak hitam MH370 ini sukar, kita doakan semoga urusan berkaitannya dipermudahkan Allah.
Apakah kaitan dengan pengumuman teori rampasan yang dibuat PM pada 8Mac?
latar belakang 2 penumpang pemegang paspot palsu disiasat, latar belakang penumpang dan anak kapal juga diteliti.  simulasi kapten Zahari juga diambil untuk siasatan.  semuanya masih belum dapat menjawab persoalan-persoalan pelik
Kita tidak boleh manyalahkan PM kerana beliau menerima tekanan yang hebat kala ini.  satu dunia bertumpu sorotan kepada Malaysia dengan pelbagai emosi termasuk rasa marah dan pelbagai tuduhan menyebabkan teori rampasan ini timbul.  
Kapten Nik Huzlan mengulas tentang simulator yang terdapat di rumah kapten Zahari.  Ia adalah normal bagi seorang juruterbang yang sangat minat dan obses dengan dunia penerbangan seperti kapten Zahari.  Kapten Huzlan sendiri mempunyai minat mandalam dan biasa main game penerbangan.  Tuduhan yang bukan-bukan ke atas kapten Zahari ditangkis dengan logik di sini.  orang yang tidak terlibat dengan dunia penerbangan mungkin tidak faham minat seperti ini.  

misi pencarian pada mulanya di sekitar laut cina selatan kemudian diubah ke beberapa kawasan lokasi termasuklah di selat melaka dan akhirnya berubah arah ke lautan Hindi.
Dan kita termasuklah mungkin juga PM tidak dapat jawapan sebenar kisah di sebalik tragedi ini.  Kita masih menunggu kotak hitam dicari.

beginilah kotak hitam yang dicari.

Bluefin digunakan untuk mencari kotak hitam.  Ia boleh dilepaskan ke laut jika lautan tenang sebegini.

Cara Bluefin bekerja dalam menghantar isyarat gelombang untuk mengesan sonar yang dipantulkan kembali oleh sonar kotak hitam.  dalam masa tertentu isyarat ini difahamkan akan menjadi semakin lemah.  Maka pencarian kotak hitam ini boleh jadi X-file.  

 Apa yang terjadi di sebalik kejadian ini tidaklah kita tahu.  Namun apapun kesudahannya adalah ketentuan Allah.  Hanya Allah yang tahu segalanya.
Kita tidak tahu tentang di sebalik kejadian ini. mungkinkah gambar ini ada kaitannya atau kebetulan.
boleh baca di sini
Siapakah wartawan ini?  17hari sebelum kejadian MH370 hilang.
Walaubagaimanapun ia adalah satu hal yang paling pelik.  
Nanti kakchah akan kongsikan pula kisah-kisah dan temubual menarik berkaitan MH370 serta dakwaan individu tertentu yang mendapat petunjuk daripada Allah tentang MH370.
kakchah turut terasa kesedihan dan percaya semua orang sedih.  kita sama2 sedekahkan alFatihah kepada penumpang Islam MH370 dan takziah juga kepada penumpang nonmuslim.  semua ini sudah termaktub dalam ketentuan Allah.



Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut