ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

6 April 2015

BERSEDEKAHLAH KEPADA JALAN ALLAH UNTUK KEMAJUAN UMAT ISLAM DUNIA

Hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. 

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Sesiapa sahaja yang berbuat kebajikan nescaya ia diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup serta mendapat rahmat-Nya.

Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.

Rasulullah SAW telah bersabda : 
”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”. 
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: 
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Sedekah itu ada  10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia

  1. - Mencucikan hartanya
  2. - Mencucikan badannya
  3. - Menolak bala dan penyakit
  4. - Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
  5. - Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .


Lima Di akhirat :

  1. - Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
  2. - Ringan hisabnya
  3. - Berat timbangannya (amalan) di akhirat
  4. - Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
  5. - Bertambah darjatnya di dalam syurga


Kehidupan manusia sangat sinonim dgn berkehendak kepada harta dan pangkat. Ia satu fitrah bagi manusia kerana harta dijadikan simbol kesenangan. Kegilaan manusia untuk cepat kaya dan mengejar harta menjadi-jadi sampai ada sanggup menipu demi duit.

Kecintaan manusia yg melampau menyebabkan lahirnya sifat bakhil didalam hati mereka, lebih parah bila ianya muncul didalam hati seorang muslim sifat bakhil dan kedekut ini sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan bahwa berinfaq merupakan salah satu sifat orang-orang yang bertaqwa.

SEDEKAH ADALAH TANDA DAN CIRI KETAQWAAN MUSLIM

Allah -Ta’ala- berfirman:
“Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka“. (QS. Al Baqarah : 2-3)


Pernahkah kita mengalami pada suatu ketika dimintai sumbangan untuk keperluan umat, dan pada saat itu kita hanya memberikan hanay pada ala kadarnya, yang penting sudah menyumbang.Padahal wang yang dikeluarkan untuk sedekah itu tidak seberapa jumlahnya dibandingkan yang kita keluarkan untuk hura-hura, berkumpul dengan teman makan di restoran, beli baju mewah di tempat ekslusif dan berbagai lagi dengan harga ratusan ribu.

Anjuran mulia  dari Allah swt ini bermakna, bahwa dalam keadaan sukar apapun, manusia masih perlu dan digalakkan memberikan sesuatu ke jalan Allah. Meski cuma sedikit, yang penting adalah pemberian itu diberikan dengan keikhlasan dan hanya mengharap keredhaan Allah. Namun kita sangat sukar memberikan sedikit apa yang kita milik dalam keadaang lapang, apalagi dalam sempit sempit dengan berbagai pertimbangan dan pemikiran.

Padahal anjuran dan perintah Allah swt berinfaq pada waktu lapang tujuannya untuk menghilangkan perasaan sombong, serakah dan cinta yang berlebihan terhadap harta. Sedangkan bersedekah di waktu sulit dianjurkan agar sifat manusia yang lebih suka diberi dari pada memberi akan berubah menjadi suka memberi daripada diberi. 

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ( http://www.surah.my/9#20 )
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(At-Taubah 9:20)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:24)

NAUNGAN DIMASYAR
Ketika manusia menanti keputusan di padang mahsyar dan sibuk dengan urusan masing-masing. Manusia pada saat itu tidak peduli lagi dengan orang-orang yang ada di sekitar mereka. Matahari didekatkan dengan jarak satu jengkal, pada saat itulah seseorang sangat memerlukan pahala sedekah yang dapat menaungi mereka.

Nabi S.A.W bersabda:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. 
[HR. Bukhari dalam Sahih-nya (629), Muslim dalam Sahih-nya (1032)]

Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga. Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki. 

Persiapan awal penting bagi setiap Muslim kerana peluang kehidupan di dunia dikurniakan Allah bagi setiap insan hanyalah sekali saja dan tiada lagi peluang kedua. Allah banyak merakamkan kisah penyesalan orang kafir musyrik di alam barzakh dan alam akhirat dalam al-Quran. 

Namun, penyesalan mereka itu tiada gunanya kerana mereka sudah diberikan peringatan demi peringatan oleh nabi dan rasul, namun mereka mengingkarinya. 


Surah At-Taubah 9:75 ( http://www.surah.my/9#75 )
Maksudnya ;
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh” 

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
(At-Taubah 9:76)

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat. 

Pertama 
sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah.Menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta ke jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk maslahah umum. 

Kedua 
Menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.

Ketiga
Pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah. 

Pengedar kami di seluruh malaysia

PENGEDAR UTARA DAN ZON TENGAH

PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK

KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner

HARAP MEMBERI MANFAAT KEPADA SETIAP PEMBACA SEKALIAN

SEKIAN ASSALAMUALAIKUM

Sumber rujukan
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7495-bersedekah-adalah-keberkatan-yang-berpanjangan.html
  • https://rahsiasedekah.wordpress.com/
  • https://sedekahdoa.wordpress.com/rahasia-sedekah-di-saat-lapang-dan-sempit/
  • http://myibrah.com/rahsia-dan-fadhilat-bersedekah
  • http://ertihiduppadamemberi.blogspot.com/2009/06/tiga-amalan-utama-jadi-bekalan-manusia.html

Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut