ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

31 Mei 2015

PETUA PENGAMBILAN NUTRISI DAN MAKANAN YANG TERBAIK

Minyak Zaitun - Makanan sunnah yang terbaik untuk tubuh badan kita.

Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabetis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula.

Tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, pesakit mengalami kekurangan sesuatu zat makanan. Ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan nutrien dalam badan kerana jumlah nutrien dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil.

Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya

KOLESTROL TEPU
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein seranggaKekenyanganBuah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging burger dan diproses hingga teroksida seperti baksoStrok, koma, tekanan darah tinggi
Semua kolestrol adalah ikatan protein dengan hidrogen. Kolesrol tepu ialah ikatan yang dicantumkan dengan asid amino seperti vitamin C. Kesan kolestrol tepu juga menyamai dengan kesan pengambilan protein

Kawal pengambilan kopi campuran herba

Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum.

Kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.

Terdapat beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.

Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (CL15) yang mengganggu Medulla Ablongata (CL8)], pelupa dan hilang ingatan sementara 



TUMBUHAN MISTERI
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaian makanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi atau gano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayurMengurangkan aktiviti kanser, cergas sementaraKelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
KIMIA DALAM MAKANAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanan yang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segeraKesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedasUsus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuningMasalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longanAlergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama NescafeGout, kesan seperti urik asid, tekanan perasaan
Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.

Kesan pertama pengambilan lingzhi ialah tenaga dalam bentuk lemak dan urik asid akan diserap keluar. Pengguna akan rasa sedikit kesegaran kerana mendapat sedikit tenaga akibat pembakaran lemak serta penurunan berat badan juga akan berlaku. Sekiranya terdapat kanser atau ketumbuhan, lingzhi akan menyerap tenaga kanser sehingga kanser boleh mengecut dan pulih. Tetapi pengambilan yang berterusan tanpa pengawasan dan nasihat daripada pengamal perubatan complimentary profesional, lingzhi akan menyerap nutrien tubuh serta tenaga di dalam sel. Ketika itu, mereka yang kerap mengambil lingzhi akan kelesuan pada waktu malam atau setelah bekerja. Kemudian setiap kali mengimbil lingzhi, tubuh akan merasa cergas untuk tempoh tidak melebihi 30 minit.

Negara maju seperti US (United States), kebanyakkan makanan tambahan seperti Vitamin C, Spirulina dan susu tinggi protein telah diharamkan (sila rujuk JAMA the Journal of the American Medical Association). Namum pengeluarannya masih diteruskan dan dilambakkan ke negara ketiga seperti Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan jangsung. Pernah satu ketika dalam tahun 1994 syarikat susu Fernleaf mengeluarkan susu tinggi protein yang digelar "susu awal lembu", kemudian menarik balik stok tersebut daripada pasaran pada tahun 1997. Jika makanan tersebut didakwa sebagai sumber nutrient "terhebat" di negara ini, di negara pengeluar itu sendiri iaitu America, makanan seperti ini tidak dihiraukan atau mereka senyap daripada membincangkan perkara ini.

Awasi Logam Berat

Logam ialah ialah mineral yang amat mudah bertindak balas dengan persekitaran. Salah satu kesan tindak balas ialah pengoksidan. Mineral yang teroksida digelar mineral berat.

Mineral amat diperlukan oleh sesuatu kelenjar untuk menghasilkan enzim. Kelenjar akan menyerap mineral, memproses dan menghasilkan enzim. Sekiranya terdapat mineral berat terserap, kelenjar akan terbeban. Bebanan ini adalah punca kepada kegagalan kelenjar untuk berfungsi dengan baik atau menyebabkan rembesan hormon tidak sempurna.

Gangguan hormon pada tubuh badan akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Berikut ialah kesan gangguan yang dikaitkan dengan peranan sesuatu kelenjar yang menghasilkan sesuatu hormon.

Organ/ KelenjarSimptom kekurangan hormon / enzim
Pineal(CL1)Lemah tenaga, lemah semangat, tiada mood, temenung, hilang keyakinan diri, halusinasi. Antara tandanya ialah bulu roma mudah meremang
Pitutary(CL2)Lemah ingatan, pelupa, nyanyuk, ketuaan, pesakit epilepsi(sawan) diserang hilang ingatan. Antara tandanya ialah lupa atau mudah hilang barang yang baru diletakkan
Tyriod(CL9)Selalu mudah kehausan tekak atau dahaga. Selera makan berkurang, kurang stamina ketika bersenam. Serangan kesakitan bagi pesakit goiter (beguk)
Hati(CL12)Hilang selera makan, serangan atau kemudaratan bagi pesakit G6PD, telesemia dan amenia atau penyakit yang berkaitan hormon dalam darah, senak perut selepas makan, tidak merasa kenyang ketika makan atau makan melampaui batas hingga kembung perut dan tidak mampu bangun dari tempat makan.
Perut(CL12)Lapar keterlaluan, obesiti, kegemukkan atau terlalu kurus kerana protein tidak dapat dicernakan secara semulajadi.
Limpa(CL12)Bengkak atau sakit seperti simptom gout di bahagian lutut, urat bengkak, sakit di lengan dan bawah ketiak, sakit di bahagianpangkal peha
Hempedu(CL14)Kulit kasar, batu hempedu. Antara tandanya ialah sakit atau senak ketika makan, pemarah atau panas baran, najis pucat atau seperti lumpur
Adrenal(CL13)Lemah seksual, cepat klimaks atau tidak dapat klimaks, tidak sensitif atau gangguan kepekaan. Masalah prostat yang berkaitan dengan masalah kencing seperti kerap kencing, air kencing sedikit, tidak tahan ingin buang air kecil. Antara tandanya apabila dicucuk pinggang, tidak terperanjat atau geli.
Pankreas(CL15)Diabetis (kencing manis), urik asid tinggi dalam darah, mata kabur. Pesakit diabetis pengsan.
Ovari/ Testis (CL16)Lelaki lembut atau perempuan kasar, kemurungan, kemandulan


Sumber mineral berat ialah seperti berikut:-

Kulit ikan yang licin, halus dan berwarna gelap



Bahagian kepala semua jenis ikan. 



Tumbuhan yang akarnya menjalar atau akar serabut seperti bayam dan kobis



Cat atau lapisan tahan melekit pada kuali atau periuk



Air bertakung yang disimpan lama atau terdedah kepada cahaya matahari



Air telaga



Air sungai yang dicemari sisa perindustrian



Tenaga daripada makanan akan bergerak dengan lancar dan mudah resonan jika wujud tekanan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan tekanan ialah dengan mengamalkan meminum air berais.

Cuma perlu diingat, janganlah minum air ais ketika perut masih penuh dengan makanan atau sejurus selepas makan. Minumlah ais setelah sekurang-kurangnya 10 minit selepas makan atau jika anda merasakan perut telah menghadamkan makanan yang baru diambil.


MOGA INFO INI BERBUGA KEPADA SEMUA

Untuk info dan pencerah lebih lanjut sila rujuk blog link di bawah

Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut