Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah Allah SWT menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuhnya.” (HR. Al-Bukhari dan Ibnu Majah)
Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L. telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah dalam keluarga bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah diberi nama saintifik oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.
Cendekiawan Yunani kuno Aristoteles juga telah menguji bawang putih pada tahun 335 SM untuk digunakan sebagai pengubatan. Tulisan Mesir kuno di piramid mencatat bahwa bawang putih diberikan kepada para pekerja yang membina piramida untuk menjaga mereka agar tetap kuat dan sehat. Orang Rusia menjadikan bawang putih sebagai “ganti antibiotic” dan dikenal sebagai “Penisilin Rusia” karena dipercaya mengandung 1/10 kebaikan penisilin.
Ibnu Sina (Pakar Perubatan Islam) menyatakan dalam kitabnya bertajuk "Al-Qanun Fi At-Thibb" bahawa bawang putih dapat menghilangkan bengkak dan membersihkan kulit. Ia merupakan zat pelembut yang dapat menguraikan angin atau gas di dalam perut secara efektif.
Abunya jika dilulurkan dengan madu sangat berguna untuk penyakit kulit dan bermanfaat mengubati pegal-pegal. Bawang putih rebus dan goring dapat mengobati sakit gigi. Berkumur dengan air rebusannya juga dapat membersihkan kerongkongan.
Dari Ali bin Abi Thalib, beliau berkata, “Makanlah bawang putih dan berobatlah (dengan menggunakannya), karena sesungguhnya di dalamnya terkandung obat (penyembuh) dari tujuh puluh macam penyakit.” (HR. Ad-Dailami).
KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK
PENCERNAAN
Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan. Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut, meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Bawang putih juga mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kepada kebanyakan individu.
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' seperti LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Penggunaan bawang putih yang berterusan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
FUNGSI ORGAN
Bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan ianya dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.
TAHAP GULA DALAM DARAH
Mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.
Thyme merupakan herba yang mampu untuk menyembuhkan sebilangan penyakit, InsyaAllah. Ia dikatakan dapat meningkat aliran air kencing, merawat senggugut dan simptom PMS. Thyme juga digunakan sebagai tonik yang sangat baik untuk stres, migrain, kemurungan dan masalah lain pada sistem saraf serta digunakan juga untuk merawat jangkitan pada usus dan paru-paru.
Thymol yang terdapat dalam thyme adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan lemak yang sihat dalam sel-sel otak. Thyme boleh membantu melegakan batuk, sakit tekak dan gejala bronkitis serta melegakan kembung dan senak perut. Ia juga boleh membantu melegakan kekejangan usus.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI NO DI BAWAH