Salam Aidilfitri 2015 kepada semua pelanggan dan pembaca blog kakchahjelita bulan raya yang cukup sibuk dengan keluarga dan pelanggan sampai tak sempat nak update blog time-time raya nie...maaf zahir dan batin jika ada mana-mana pihak tersinggung dan terasa pada mana-mana tulisan dalam blog ini.
17 Julai 2015 tarikh hari sambutan Aidilfitri dengan berbagai cabaran yang dihadapi di bulan Ramadhan baik para rakyat mahupun kerajaan makanya dugaan dan cabaran yang dikala ini mungkin dapat memberi kita tauladan dan pengajaran terbaik kepada kita demi memberi pengalaman yang berguna di kemudian hari.
Kita ni raya, raya la jugak kesihatan kena juga jaga kan so makan ketupat dan rendang biar la berpada-pada jangan sampai tercekik kang susah plak...
Dengan kesibukan di minggu-minggu raya ni rasanya ini saja kesempatan untuk berblogging jadi kakchah mohon ampun dan maaf jika tersilap atau ada yang tersinggung sekali lagi
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PELANGGAN, PENGIKUT DAN PEMBACA