tengahari tadi kakchah dan abangman ke Putrajaya. Tujuannya nak berbekam. Bekam ini sunnah. Dalam perjalanan ke Putrajaya tu... kakchah nampak di kejauhan masih kelihatan pemandangan yang dicemari asap. ya sudah tentulah jerebu.
nampak tak, walaupun taklah tebal sangat jerebu tu, tetapi pabila buka tingkap, bau semacam ada asap |
Dalam perjalanan tu ada nampak seekor burung merpati di tengah jalan. Ingatkan bila kereta mendekat, ia lari... tetapi, burung itu tetap di tengah jalan. Nampak seperti sakit. termenung saja. Nasib baik kami tak langgar. Namun, nasib baik burung itu tidak lah lama, ia tetap kena langgar dengan kereta di belakang kami. Kasihan...
Semasa nak datang Putrajaya tadi, seekor kucing kakchah mati. Kucing ni masih kecil. sejak dua minggu yng lalu ia dah kalut semacam. asyik nak masuk rumah sahaja. tak mau duduk di luar. dalam dua tiga hari ni, dia kelihatan termenung. Dan semua anak kucing kakchah ternenung. makanpun dah tak mau. lepastu asyik muntah sana sini. Kakchah bimbang. Kakchah bawa semua anak kucing masuk ke dalam, dan bagi minum aloevera semenjak dua hari lepas. Hari ni, dua ekor kucing tu kelihatan riang dan melompat sana-sini. yang seekor tu taknak makan. akhirnya petang tadi dia mati.
Walaupun kita nampak jerebu ni seperti tidak memberi kesan besar kepada kita, tetapi kepada haiwan-haiwan kecil sperti kucing dan burung boleh mnyebabkan kematian.
tidak mustahil jerebu juga bahaya kepada kita lebih-lebih lagi kepada sistem pernafasan kita.
jadi, jagalah kesihatan.
Tinggal di dalam rumah lagi bagus daripada kita beraktiviti di luar tempat terbuka. di dalam rumah, walaupun udara tercemar tetap boleh memasuki rumah. Namun dengan adanya kipas angin... habuk jerebu dari dalam udara ditolak keluar.
kepada anda di luar sana, nak jaga kesihatan, memang eloklah kita ambil gel aloepeach, ia bukan sahaja dapat mencuci usus tetapi dapat membersihkan paru-paru dan rongga pernafasan. jangan kita abaikan kesihatan sendiri. kesihatan tidak dapat dicari ganti. bukan boleh dibeli. selagi kita ada upaya menjaga kesihatan, jagalah aset kita sebaiknya. ya kesihatan adalah aset kita. kchah dengar ramai sangat org yang ada macam-macam masalah kesihatan di sekeliling kita. (bukan setakat resdung dan darah tinggi.).. tetapi yang kakchah dengar sana kanser, sini kanser, itu ini... hmm jangan seronok sangat bersiar-siar di luar ye