ALOE VERA FOREVER LIVING PRODUCT.PELANGSINGAN,MAKANAN,KESIHATAN,KECANTIKAN.TIPS,PERNIAGAAN,SELANGOR,PERAK,MELAKA,SEREMBAN,pengedar,jana,bisness,kerja,kosong,part,time,hangat,berjaya,dunia,160negara,KHASIAT,KEBAIKAN,LIDAHBUAYA,ONLINE,DETOX,JOM,PARTTIME,FULL,HANGAT,JANA,GLOBAL,WORLDWIDE,FREE,SPA,detox,shaklee

FOREVER GLOBAL BIZZ

USAHAWAN ALOEVERA FOREVER LIVING PRODUK, DAFTAR DAN BELI ONLINE, PENGEDAR MALAYSIA SABAH DAN SARAWAK wasap.my/0192830717 atau wasap.my/0126448260

25 September 2015

BUDAYA MALAYSIA

Ada tiga perkara yg menjadi kesukaan kita rakyat Malaysia. atau mungkin juga rakyat seluruh dunia. Entahlah, belum kenal lagi rakyat dunia lain selalin di Malaysia.
1. Makanan yang sedap. 2. Nak senang ada shortcut 3. nak cepat


Malaysia adalah syurga makanan kata pelancong asing
pertama, makanan yang sedap. Orang kita rata-rata memang makan banyak. kita memang suka makan. pantang ada perjumpaan kawan-kawan lama, adik beradik, cuti, saja2 buat gathering... mesti makanan sedap yang kita titik beratkan. Lebih-lebih lagi kalau raya, masak makanan mestilah sedap-sedap. Kalau kerja pejabat mesti nak pakat-pakat buat potluck. kalau tak percaya, bulan puasa mesti ramai yang akan kongsi resepi. pendek kata, kita memang sangat suka makan. Pantang makan? jarang-jarang orang yang mahu pantang saja-saja demi kesihatan. Selalunya orang nak kurus saja yang nak pantang makan. atau orang yang memang dah sakit akan pantang. Kadang-kadang yang sakit pun taknak pantang makan. Sedarkah kita, makananlah yang sering meracuni usus kita dan punca segala penyakit. Kita makan apa saja yang sedap-sedap tanpa rasa bersalah. Kita memang sentiasa mahukan makanan yang sedap-sedap. Saya juga. Namun, saya memilih untuk detoks setiap hari kerana saya sedar saya juga sukakan makanan. Jadi, saya terpaksa berkorban sedikit wang untuk menjaga usus saya yang dah masuk macam-macam makanan. Kerana saya dah lihat terlalu banyak contoh buruk pabila kita suka makan tetapi tidak ingat untuk mencuci usus kita. Rasulullah SAW pun pernah bersabda... perut adalah punca segala masalah. Kita sanggup berhabis wang untuk makan, apalah salahnya kita peruntukkan sedikit wang untuk membeli makanan tambahan yang menyingkirkan toksin yang masuk bersama makanan itu. Bertindak bijaklah dari awal kerana pabila jatuh sakit disebabkan pemakanan kita, kos yang akan kita belanjakan akan berlipat ganda untuk rawatan. Dan ketika itu juga, nikmat untuk bebas menikmati makanan sedap-sedap terhenti di situ. Atau anda beradapan dengan risiko bertambah sakit atau maut!


Kedua ialah nak mudah atau senang. Nak cantik, nak kurus, nak kaya, nak berjaya, semuanya nak yang cepat dan ekspress. Kalau ada produk yang boleh turunkan berat badan 10kg dalam masa seminggu, mesti ramai yang berebut nak tahu dan nak cuba. Ramai yang sanggup ketepikan kandungannya. Ramai yang tidak kisah ... adakah produk itu bahaya kepada kesihatan? Adakah ia sesuai untuk diri. Ramai yang tak minat untuk study kandungan dan fungsi produk kerana ia menyusahkan. Nak kuruspun mau yang senang sahaja. Yang paling senang tak payah bersenam, tak perlu berdiet, tak perlu tahu apa kandungannya dan paling best kalau murah. Dibuat daripada apa, tak kisahlah. Tak mau tahu halal ke tidak. tak kisah juga ia merbahayakan kesihatan atau tidak. Janji senang dilakukan. Makan pil sahaja boleh kurus tanpa diet atau tanpa bersenam. Mesti ramai yang mahu.
kereta mewah menjadi idaman ramai.  

Begitulah juga kalau nak buat pendapatan tambahan, nak yang senang juga. Nak yang mudah dapat wang. Tak perlu cari ahli, tak perlu meniaga, tak perlu keluar modal berulang-ulang. Labur sekali banyak pastu tunggu duit beranak-ranak masuk. Tak perlu cari ilmu untuk kembangkan bizz. Kalau boleh duduk goyang kaki sja tunggu duit untung. Masalah semuanya nak senang inilah ramai yang sudah tertipu. Ramai yang kena jerat oleh peniaga2 hidung belang yang datang kononnya nak tolong kayakan orang. Padahal siapa dia dan mewakili syarikat apa ntah. Yang menyedihkan, kadang-kadang syarikat yang baru bertapak dua tiga bulan tanpa pengiktirafan pon ramai yang percaya. Kena kelentong dengan ayat-ayat manis, satu kampung boleh tak terfikir nak buat siasatan. Disebabkan sikap nak senang inilah ramai yang tanggung rugi sendiri. hmm... kakchah memang sangat memilih untuk membuat keuntungan. kerana seiap sen wang itu bernilai bagi kakchah, kakchah akan siasat dulu latar belakang syarikat, perniagaan apa dan plan apa.

Ketiga, nak cepat. Pantanglah kita lihat orang buat bizz, kemudian bawa kereta besar. Pastu orang tu akan cakap dia dapat semua tu dalam masa tiga bulan. atau sebulan. lagi cepat dia dapat semua tu, lagi ramai orang yang nak join. Ramai akan terpedaya. Ini ada kaitan dengan sikap yang kedua tadi iaitu nak mudah buat duit, nak cepat kaya. namun, isunya kita sedarkah kemampuan kita di mana. kadang-kadang, kita terpedaya melihat kemewahan seseorang padahal ia hanyalah lakonan. Ada satu syarikat tu... yang menjual makanan kesihatan dan kecantikan yang bahan mentah siap formulanya diambil dari luar negara, di pack dengan label jenama sendiri, dijual degan mahal. kini sudah gah mempunyai bangunan sendiri. Modus operandinya adalah mengajak rakan kongsi melabur modal, Tayang kereta mahal, tayang gaya hebat, tayang cek banyak... hakikatnya, kereta tu cuma kereta pinjam. Yang dok tayang cek tu hanyalah cek leader yang berjaya. pabila kita join bisnes tu... barulah kita nampak apa sebenarnya. Itupon kalau buka matalah. barulah sedar yang kita sudah kerugian.
hmmm... apapun....
kakchah tak nak cakap apa-apa dekat rakyat Malaysia. Cuma harapnya budaya kat atas2 nuh kita ubah dan sesuaikan dengan penuh kesedaran. Nak makan sedap, kena faham kepentingan kesihatan. nk semuanya cepat, kena tahu masalah diri kita. Nak kaya kena realistik, janganlah mudah nak serah tengkuk sendiri untuk disembelih orang.

Kakchah sebagai peniaga, memberi anda opsyen untuk mengenali dulu bisnes, syarikat dan juga plan yang bagus ini. Nak makan sedap? Nak cepat dan mudah? Nak kaya?
Boleh hubungi kakchah 0104278224 atau 0126448260
Share:

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

kakchahjelita. Dikuasakan oleh Blogger.

Google+ Followers

Translate

Arkib Blog

Pengikut