Menjalankan aktiviti pendapatan sampingan (atau pasif), kita seharusnya bersedia dengan cara menguruskan pendapatan sampingan tersebut.
Cara-cara menguruskan pendapatan sampingan sangat bergantung kepada Mindset kita atas pendapatan sampingan itu. Adakah kita mahu ia menjadi sekadar wang poket atau lebih lagi. Dengan sasaran tersebut, kita akan membina satu mindset menguruskan pendapatan sampingan yang seterusnya membina cara dan gerak kerja yang menjurus kepada sasaran mindset tadi.
1) Mindset ‘Wang Poket’
Ramai yang memulakan aktiviti pendapatan sampingan demi mencari duit poket setiap bulan. Ia sekadar memenuhi masa lapang daripada terbazir begitu sahaja.
2) Mindset ‘Berniaga’
Ramai juga yang memulakan aktiviti pendapatan sampingan yang bermula dengan mindset pendapatan tambahan melihat aktiviti tersebut berpotensi besar. Maka mereka menyasarkan untuk berhenti kerja makan gaji dan bekerja sendiri sepenuh masa.
Mindset ‘berniaga’, iaitu jual-beli sebagai sumber pendapatan. Secara mudahnya, mereka menukar daripada bekerja makan gaji dengan majikan kepada bekerja sendiri sepenuh masa. Setiap wang ringgit yang diterima telah dikira agar cukup untuk belanja bulanan.
Satu kelemahan mereka yang melompat daripada pendapatan sampingan kepada berniaga adalah mereka tidak melihat lebih jauh lagi, iaitu melihat dengan mindset Membina Bisnes. Akibatnya mereka terperangkap dalam bisnes mereka sendiri.
3) Mindset ‘Membina Bisnes’
Apa beza antara ‘berniaga’ dan juga ‘membina bisnes’? Bukankah kedua-duanya sama, memberi pulangan wang ringgit hasil transaksi jual-beli?. Perbezaan paling ketara adalah mereka dengan mindset ‘membina bisnes’ menyusun gerak kerja agar pendapatan sampingan mereka mampu bergerak secara automatik tanpa keringat mereka sendiri.
Apabila kita ada mindset membina bisnes, secara automatik kita tidak lagi fokus kepada jualan semata-mata. Kita akan nampak aktiviti pendapatan sampingan kita sebagai makmal eksperimen dalam menghasilkan mesin duit yang efisen.
Like fb.com/kakchahjelita
Bersambung pada post akan datang....