Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan untuk kecantikan.
10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita
1. Membantu mengekalkan berat badan ideal
Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak.
2. Membantu mengawal rasa lapar
Pengambil makanan tinggi protein seawal pagi bersama buah-buahan segar dapat mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar.
3. Membantu membakar lebih banyak kalori
Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Ia adalah proses tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.
4. Penting untuk penjagaan tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi.
5. Melawan penuaan
Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein sangat penting.
6. Melindungi anda dari stress
Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.
7. Bagus untuk kulit
Kulit selalu kepada sinaran matahari dan sinaran uv yang merosakkan kulit. Protin penting untuk proses regenerasi sel kulit agar sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv.
8. Bagus untuk rambut
Inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.
Makanan sumber protein
9. Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP
Pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino.Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.
Untuk dapatkan protein tambahan klik link dibawah
https://shop.foreverliving.com/retail/shop/shopping
Dapatkan juga diskaun 15% dengan wasap.my/60192830717
Berapa banyakkah keperluan protein untuk lelaki dan wanita mengikut umur
Rujuk link dibawah
http://www.calculator.net/protein-calculator.html?
Sumber rujukan http://www.isn.gov.my/10-sebab-kenapa-pengambilan-protein-penting