APA ITU JERAGAT (MELASMA)?
Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia. Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologi dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Oleh itu, pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten bagi memastikan kulit anda bebas masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berminyak .Disamping itu juga pakar kulit mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela.
Punca-punca jeragat boleh terjadi?
Setiap dari kita mendapat warna tona kulitnya yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak.
Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.
Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat. Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum.
Faktor lain yang boleh menyumbang kepada punca pembentukan jeragat
Contohnya pengambilan ubat-ubatan yang mengawal hormon anda seperti pil perancang atau pil hormon thyroid. boleh terjadi disebabkan oleh pemakaian alat solek yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. Ini kerana sesetegah bahan yang digunakan dalam kosmetik boleh menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit anda, maka sinaran UV dari cahaya matahari boleh menembusi sel kulit dengan mudah sekali.
5 petua menghilangkan jeragat degil di rumah seperti di bawah:
Baking soda
Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Ubi kentang
Ubi kentang mengandungi sejenis enzim dipanggil catecholase iaitu sejenis enzim yang bagus untuk kulit. Antara kebaikkan enzim ini ialah mencerahkan bintik-bintik hitam,melembutkan kulit dan merawat parut di wajah.
Lemon
Khasiat utama buah lemon ialah Vitamin C yang bukan sahaja membantu mencerahkan bintik hitam malah membantu sel kulit anda menangani bahaya sinaran UV. Vitamin C dapat memberikan efek ‘photo-protection’ kepada kulit anda di mana kulit anda akan mempunyai lebih perlindungan terhadap lembayung sinaran ultraungu yang merbahaya kepada sel kulit yang sihat.
Tomato
Buah tomato sangat kaya dengan sejenis antioksida dipanggil lycopene. Antioksida ini sangat berguna dalam menenangkan sel kulit anda yang telah terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari kerana lycopene mampu menyerap jauh kedalam lapisan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksima.
Elak menggunakan alat kosmetik yang tebal
Selain daripada merawat wajah, anda juga perlu pastikan alat kosmetik yang anda pakai seperti krim, bedak, dan cecair foundation bebas daripada minyak atau wangian sintetik.
Ini kerana bahan tersebut boleh mengakibatkan pori-pori di wajah anda tersumbat. Pori yang tersumbat tidak dapat menyerap khasiat dari semua bahan-bahan diatas tidak kira berapa kerap anda melakukannya, jadi ianya sia-sia.
Rawatan SPA kulit muka di rumah
Tidak kira sama ada cerah atau mendung, dalaman atau luaran, sinaran ultraviolet berada di mana-mana oleh itu, kita memerlukan produk perlindungan matahari yang berkualiti tinggi. Dengan SPF30, Aloe Sunscreen menghalang sinaran UVA dan UVB; formula yang kuat dan tahan air mengekalkan SPF sehingga 40 minit selepas aktiviti air; lembut dan tidak berminyak, ia boleh merawat kulit yang terbakar matahari. Pemutihan Kulit!
Bagaimanakah kita dapat menangani masalah melanin dan bintik-bintik gelap?
Forever Epiblanc, yang mengandungi ekstrak botani seperti arbutin, accidentals rumex dan vitamin E, direka untuk menghalang tyrosinase, malah nada kulit dan mengurangkan bintik-bintik gelap. Serum Aloe Nourishing melambatkan penuaan kulit dan menambah kelembapan kulit; ramuan teh putih dan vitamin C, ianya boleh melindungi kulit dari kerosakan matahari dan pemutihan kulit yang sangat baik.
Masker Cerah Mask wajah berfungsi untuk menyediakan kesan pelembap dan penyaman segera. Forever Marine Mask, kaya dengan kaolin, bentonit, madu, timun dan ekstrak rosemary, kelp laut dan alga, boleh hidrat dan membersihkan kulit secara mendalam, serta mencegah pembentukan tempat gelap.
Untuk dapatkan secara online klik link dibawah
https://shop.foreverliving.com/retail/shop/shopping
https://shop.foreverliving.com/retail/shop/shopping
Abg Man wasap.my/60192830717