As salamualaikum dan selamat tengahari semua pembaca di blog dan facebook
Hari ni nak cerita sikit tentang bagaimana menggunakan telefon dan internet untuk perniagaag sambilan....boleh jadi ke? mari kita lihat satistik pengguna internet dan talifon pintar di Malaysia.
Malaysian Internet Exchange (MyIX) mengumumkan statistik penggunaan internet di Malaysia bagi tahun 2014.
Sejak 2012, Malaysia menyaksikan lonjakan setiap tahun bagi penggunaan internet jalur lebar. Bagi tahun 2013-2014, sebanyak 760,331 Mbps jumlah pengunaan internet di Malaysia. Peningkatan ini adalah sebanyak 218%, berbanding tahun 2012-2013 sebanyak 230,632 Mbps sahaja.
Google Barometer 2014 menyatakan lebih 51% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet, dan 42% pula membuat pembelian dalam talian melalui peranti mudah alih. Tambahan lagi, 73% belia berusia 18-24 tahun menggunakan internet setiap hari. Kumpulan kedua terbanyak pula berumur 35-44 tahun sebanyak 63% pengguna.
Daripada laporan diatas menunjukan rakyat Malaysia nie memang suka tengok handfon baik dirumah, sekolah,pejabat,kedai malah ada yang membawa hingga ke tandas ini memang diakui oleh semua orang di dunia sekarang. Bermacam-maccam kerenah dan kejadian berlaku samada baik mahupun buruk.
Blog dan facebook kedua-dua medium tersebut adalah sumber rujukan ramai pengguna internet mendapatkan maklumat baik untuk agama,kesihatan, kewangan,hobi atau sebagainya.
blog kakchah sahaja mempunyai 70% pengguna mengakses blog dengan menggunakan android phone. Kedua-dua medium internet tersebut berbeza dari segi fungsi dan keupayaanya. Nanti kita bincang ya!!
Sumber pendapatan melalui internet dengan menggunakan berbagai media, dengan berlakuknya perubahan ekonomi dan masyarakat ketika ini baik di Malaysia mahupun di dunia maka ramai yang mendapatkan alternatif baru untuk mendapatkan sumber aarau bahan keperluan mereka melalui internet.
Peluang ayng datang tak semestinya baik dan tidak semestinya tidak untung. Kita sebagai pengguna dan kadangkala usahawan walaupun kecik seharusnya peluang yang baik tidak boleh dilepaskan begitu sahaja...kita bermula sekarang orang hanya lihat dan bila orang bermula kita sudah pun berjaya. Dunia internet adalah sumber maklumat baik dan tidak baik yang pastinya menjadi tumpuan pengguna telefon pintar seluruh dunia.
KAKCHAH bermula ketika ramai orang tidak kenal produk kakchah perkenalkan sehingga kini masih terdapat ramai lagi tertanya-tanya tentang poduk tersebut...KENAPA? sebabnya
Kumpulan umur 45tahun keatas adalah pengguna internet paling sedikit berbanding kumpulan umur yang lain. Perniagaan yang dijalankan daripada kata-kata orang kepada oragan lain dalam kumpulan mereka adalah lebih berkesan kerana kita juga akan lebih bertanya dan mendapatkan maklumat daripada orang-orang yang terdahulu. Cipta sesuatu pusat pengumpulan maklumat yag baik untuk sama-sama mendapat manfaat akan menghasilakan perniagaan yang menguntungkan.
Sifat manusia suka bercakap dan bercerita tentang manusia lain sebagai contoh mengumpat orang satu perkara yang ramai mereka tidak suka tetapi ianya tetap berlaku dalam masyarakat kita mahupun di dunia. Maklumat yang betul dan disertai dengan bukti kenyataan tersebut pasti meyakinkan ramai orang kerana kita lebih percaya kepada keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga atau sesiapa shaja yang rapat dengan kita...ANDA SETUJU...
Sebagai contoh; "Kakchah beli barang murah di kedai simpang sini-sini atau kakchah makan di restoran sini-sini jauh la sikit tapi memang sedap gilerrr"
Mereka yang dengar pasti terpesona untuk pergi, lihat dan cuba perkara tersebut hanya dengan mendengar maklumat yang disampaikan tersebut...sebabnya orang yang tercerita itu adalah orang yang rapat dengan anda atau mungkin juga mereka adalah orang yang anda suka dan hormat dengan mereka.
Bagaimana nak mempengaruhi mereka ? Nanti kita sambung lagi yek