Semua orang ingin menjadi kaya – mencapai kebebasan kewangan dan gaya hidup yang bebas. Kuasa membeli pada zaman kini pula semakin kurang. Antaranya kerana berlaku penurunan nilai matawang atau lebih dikenali sebagai inflasi.
Berikut adalah 7 perkara yang dilatih sebelum kita mahu jadi orang kaya.
1. Jangan lakukan kerana wang
Wang bukan sesuatu motivasi yang bagus untuk melakukan sesuatu. Bagi umat Islam, wang dipercayai adalah antara perkara yang tidak bersifat kekal. Antara pemikiran orang kaya, mereka bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.
Sebaliknya, mereka adalah orang yang akan mengagihkan kekayaan mereka kepada orang yang memerlukan. Apa yang mereka dapat, mereka akan beri semula kepada komuniti. Seperti kata pepatah,
“ Hidup adalah untuk memberi. ”
2. Bersyukur
Kita mungkin mampu bersabar, namun sedikit sekali antara kita yang mampu bersyukur. Orang biasa lebih mudah mencari perkara untuk dirungutkan, namun orang kaya memilih untuk mensyukuri apa yang mereka ada.
Apabila kita fokus pada yang kita tidak ada, kita tidak akan pernah rasa puas dan mencukupi.
3. Jauhi perkara negatif
Fikir negatif lebih mudah daripada positif betulkan ? Penting untuk kita kendalikan pemikiran kita supaya sentiasa berfikiran positif dengan membayangkan apa yang kita mahu dalam kehidupan ini.
4. Gunakan bakat anda
Bakat dan kemahiran adalah dua perkara beza. Andai kita tahu mencipta/reka baju, maka pergi ke kelas-kelas berkaitan cara mencipta/menjahit baju yang disukai pelanggan untuk meningkatkan kemahiran kita.
Tiap servis akan digunakan oleh orang lain. Penting kita lakukan perkara yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain.
5. Ketakutan dan kebimbangan
Ketakutan dan kebimbangan adalah antara pembunuh senyap seseorang daripada menjadi orang kaya. Ia juga sinonim dengan suara kecil atau aktiviti sabotaj diri.
Usahakan untuk sentiasa mencari sesuatu yang akan menginspirasikan, berdoa, meletakkan pergantungan dengan Allah semata-mata.