Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain.Jangan pandang ringan bila anda tiba-tiba sedar yang kencing anda berbuih. Ianya mungkin salah satu tanda penyakit buah pinggang.
DATA pesakit buah pinggang pada 1993 menunjukkan 18 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Selepas 20 tahun, iaitu pada 2013, angka itu meningkat kepada 23 orang bagi setiap satu juta penduduk.
Gaya hidup yang tidak sihat, serta penyakit-penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis merupakan antara penyebab punca kegagalan buah pinggang atau ginjal.Ada lima peringkat penyakit buah pinggang. Apabila doktor mendapati seseorang pesakit itu sudah sampai ke peringkat tiga dan empat, doktor akan menyarankan pesakit untuk merujuk ke pakar buah pinggang bagi membuat persediaan awal yang seperti disebut oleh Pengurus Operasi Kawasan DaVita (Malaysia) Sdn. Bhd., Nur Majidah Mustaffa Kamal semasa ditemui di majlis pelancaran pusat Dialisis DaVita, di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dalam darah atau dikenali sebagai HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.
Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.
1. Kekerapan pembuangan air kencing
Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan.
2. Mengalami keletihan yang melampau
Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.
4. Mengalami kegatalan yang teruk
Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Berasa sejuk sepanjang masa
Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Kerap berasa pening kepala
Kerap berasa pening kepala disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Simptom sakit buah pinggang yang umumnya muncul antara lain:
- Mual dan muntah.
- Dehidrasi.
- Kebingungan atau linglung.
- Hipertensi (tekanan darah tinggi).
- Pengumpulan cecair dalam tubuh atau edema.
- Sesak nafas.
- Rasa sakit di bahagian dada.
- Sakit perut.
- Sakit pada punggung.
Simptom sakit buah pinggang yang disebabkan jangkitan bakteria perlu dengan segera ditangani oleh doktor agar pesakit menerima antibiotik secepat mungkin. Jangan tunda, terutama ketika tubuh juga mengalami demam tinggi, rasa sakit yang lama, atau berlaku perubahan pada pola buang air kecil.
Pesakit buah pinggang lebih 18 tahun dan pengguna produk Forever Living
Supplement Forever Living untuk membantu masalah buah pinggang boleh rujuk testimonie-testimonie produk di blog ini
Sumber rujukan